Sebuah keluarga di Thailand telah membuat laporan polis selepas anak mereka yang berusia tiga tahun juga penghidap penyakit asma ditampar seorang doktor. Malah, doktor sama turut enggan memberikan rawatan kepada anaknya itu.
Daily Star melaporkan, ibu kepada kanak-kanak itu, Sutharat, 24, berkongsi kisah traumatik itu di sebuah grup Facebook. Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah hospital di bandar Nakhon Pathom, Thailand pada 14 Ogos lalu.
Jelas Sutharat, dia telah membawa anaknya ke hospital berkenaan selepas kanak-kanak itu diserang penyakit asma. Ketika sedang menunggu rawatan oleh doktor, anaknya sedang bermain dengan satu mainan sambil duduk di atas ribanya. Tidak semena-mena, kanak-kanak itu telah terpukul dirinya sendiri di muka dengan mainan berkenaan ketika sedang khusyuk bermain.
Sumber menyatakan, setelah mainan terbabit terkena wajah kanak-kanak itu, dia secara spontan telah mengeluarkan kata-kata kesat.
“F**k, terkena mulut saya!” katanya.
Ketika itulah, doktor yang baru hendak merawat kanak-kanak berkenaan berpaling dan terus menamparnya di muka.
“Saya jadi terpinga-pinga. Sambil tenangkan anak saya yang menangis, saya tanya doktor apa sebab dia tampar anak saya dan doktor tu selamba jawab, dia akan buat benda sama pada anak sendiri kalau terdengar budak mencarut.
Lepas itu, dia (doktor) bagi saya nebulizer untuk anak saya dan terus tinggalkan bilik rawatan,” kongsi Sutharat.
Doktor kata budak tu sebenarnya mencarut kat dia?
Walau bagaimanapun, setelah laporan polis dibuat, doktor terbabit ada mengeluarkan satu kenyataan pada media tempatan yang mendakwa perkara lain pula terjadi sehingga mengakibatkannya menampar kanak-kanak itu.
Dakwa doktor berkenaan, kanak-kanak terbabit telah mencarut sambil menggunakan nama panggilan doktor berkenaan iaitu, Tu.
“Kanak-kanak itu mencarut, ‘F**k, Doktor Tu,” dakwanya.
Dalam pada itu, doktor yang tak didedahkan identitinya mengaku tindakannya itu adalah tidak wajar dan berkata dia tertekan sehingga membawa kepada kelakuan kurang ajar itu. Doktor itu berkata, sekiranya diminta, dia sanggup bertemu keluarga kanak-kanak terbabit untuk memohon maaf secara berdepan.
Sumber: Daily Star
Baca: “Nasib tak tersedut” – Gadis Jumpa Ular Menyorok Dalam ‘Inhaler’ Asma Masa Nak Basuh Baju