in

“Nasib tak tersedut” – Gadis Jumpa Ular Menyorok Dalam ‘Inhaler’ Asma Masa Nak Basuh Baju

Fi Ular E1661050273283

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap orang mesti ada perkara yang boleh buat dia geli geleman satu badan bila benda tu dekat atau lihat di depan mata. Tapi korang pernah terbayang kalau ada ular dalam inhaler asma ?


Kisah ini terjadi pada seorang remaja perempuan apabila dia menemui seekor ular berbisa di dalam inhaler asmanya.

Ular 1

Kejadian itu terjadi di rumahnya yang terletak di Bli Bli, Queensland, Australia, dimana ketika itu dia difahamkan hendak membasuh pakaiannya menurut  Metro.UK.

Ketika sedang membawa pakaian yang nak dibasuh, dia ternampak seekor ular keluar daripada lambakan pakaian tersebut.

Katanya dia tidak pasti mana kedudukan yang tepat ular itu berada hinggalah dia melihatnya sendiri ia sedang melilit di bahagian inhaler tersebut.

Selepas itu, gadis tersebut terus memanggil pasukan penangkap ular dan kemudiannya menangkap reptilia tersebut dan kembalikan ke habitat asalnya.

Penemuan itu telah membuatkan Sunshine Coast Snake Catchers menulis di Facebook :

“Anda pasti tidak akan mempercayai ini. Ini sangat luar biasa dan kami sangat bertuah kerana dapat menemui ular itu.”

Anggota pasukan Stuart McKenzie memberitahu 9News:

“Ini adalah salah satu tempat yang paling luar biasa bagi ular bersembunyi yang pernah kami temui. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana rasanya untuk mengambilnya dan menjumpainya di sana.”

Walaupun ular itu masih lagi kecil, McKenzie menyifatkan ia masih boleh menggigit jika ianya berasa terancam dan dikacau.

“Mereka hanya berkeliaran, mencari makanan sepanjang tahun ini sebelum musim sejuk tiba,” katanya lagi.

Ular jenis red-bellied itu dikatakan mempunyai racun yang boleh menyebabkan gejala serius termasuk pendarahan, muntah-muntah sakit perut, sakit kepala, cirit-birit dan otot menjadi lemah atau sakit.

Ular Red

 

Baca :Angkat anak, benda itu tiba-tiba bergerak; Wanita Tergamam Tengok Ular Sawa Di Bahu Anak 2 Tahun Yang Tengah Tidur

Foot Ular

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.