in

Doktor Masuk ICU Sebab Covid-19 Sanggup Cabut Mesin Oksigen Sebab Nak Bagi Dekat Warga Emas Tengah Kritikal

Pjimage 2020 08 17T114333.564

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 12 Ogos lepas, Times of India melaporkan yang Dr Sanket Mehta, seorang pakar anestetik yang dimasukkan ke dalam ICU kerana positif Covid-19 telah membahayakan nyawanya hanya untuk menyelamatkan seorang penyakit.

Dikatakan, kejadian ini berlaku pada malam 9 Ogos lalu di salah sebuah hospital di Adajan, India. Dr Sanket yang berusia 37 tahun ini telah dimasukkan ke ICU selepas kadar oksigen dalam badannya menurun menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Di sana, dia telah diberikan alat bantuan pernafasan.


Ezgif.com Webp To Jpg 25

Kebetulan, seorang warga emas berusia 71 tahun telah dikejarkan ke dalam ICU dan sangat memerlukan alat bantuan pernafasan. Tapi, staf hospital masih perlu mengikut SOP yang mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sebelum dapat memberikan bantuan pernafasan kepada pesakit tersebut.

Dr Sanket yang berada di wad yang sama ketika itu telah membuat keputusan untuk mencabut mesin oksigennya dan cepat-cepat berikan pada pesakit yang sedang kritikal itu.

Https D1E00Ek4Ebabms.cloudfront.net Production 01Dba4Dd 0A67 45A7 A906 D4F386B5D797

Kalau korang nak tahu, bantuan pernafasan perlu diberikan kepada pesakit yang kurang oksigen dalam masa tiga minit, kalau tak, pesakit berisiko untuk mendapat kerosakan otak yang parah.

Ketika Dr Sanket cuba untuk membantu pesakit warga emas itu, dia sendiri berada dalam keadaan lemah dan separa kritikal namun dia tetap gagahkan diri untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.

Malangnya, pada 12 Ogos, pesakit warga emas tersebut disahkan meninggal dunia kerana Covid-19 dan ketika berita tersebut disampaikan ke Dr Sanket, kekecewaaan jelas terpancar pada wajahnya walaupun dia tak boleh bercakap.

Hopefully doktor ni cepat sembuh…

 

Baca: Covid-19: SEBAK! Nak Jenguk Ibu Punya Pasal, Lelaki Sanggup Panjat Tingkap Setiap Hari Hingga Ibu Meninggal

Screenshot 2020 08 17 At 1.09.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.