in

Covid-19: SEBAK! Nak Jenguk Ibu Punya Pasal, Lelaki Sanggup Panjat Tingkap Setiap Hari Hingga Ibu Meninggal

Collage 29

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ahli keluarga sakit dan dimasukkan ke dalam hospital, kita akan sentiasa melawat untuk temankan dorang. Tapi, bagi pesakit Covid-19, lawatan memang tak dibenarkan walaupun dah nazak.


Namun arahan ni tetap tak hentikan lelaki ni dari melawat ibunya yang dimasukkan ke dalam hospital kerana dijangkiti Covid-19.

107713814 642659336341264 7890032820628120926 O

Pemuda dari Palestin, Jihad Al-Suwaiti ini telah memanjat tingkap hospital setiap hari bagi memastikan ibunya itu mendapat rawatan dan perhatian sepenuhnya.

Gambar dan video lelaki ini telah dimuat naik di media sosial dan tular membuatkan ramai netizen sebak.

Dilaporkan, Jihad duduk di tingkap tersebut setiap hari sehingga ibunya, Rasma Salama menghembuskan nafasnya yang terakhir 16 Julai lalu.

Menurut pegawai di hospital tersebut, lelaki ini memanjat bangunan hospital tersebut setiap hari untuk menjenguk ibunya yang berada di tingkat dua supaya dia boleh pantau perkembangan ibunya.

Dia habiskan masanya hampir setiap hari melihat keadaan ibunya dari luar tingkap dan hanya turun bila dia pasti ibunya dan tidur.”

Abang Jihad, Rasmi, memberitahu media tempatan, walaupun tindakan adiknya ini dah dilarang oleh pihak hospital, Jihad tetap degil dan panjat tingkap tersebut setiap hari.

109708600 642659339674597 3219270029796806514 O

“Jihad adalah anak bongsu dan rapat dengan ibu, lebih-lebih lagi selepas bapa kami meninggal 15 tahun lepas.”

Ibu kami ada leukaemia dan didiagnos dengan Covid-19 beberapa minggu lalu. Bila kami diberitahu tentang kematian ibu, Jihad marah dan tak percaya.”

Edjr3Ccwoaistwo

Pun begitu, Rasmi memberitahu yang sekarang adiknya itu dah semakin menerima berita kematian ibunya itu.

Sedihnya…

 

Baca: “Berkorban nyawa” – Tak Fikir Risiko, Cucu Bagi CPR Cuba Selamatkan Nenek Dari Covid-19 Buat Kali Terakhir

Screenshot 2020 07 20 At 11.29.09 Am

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.