in

“Doakan semuanya dipermudahkan” – Aliff Syukri Calonkan Diri Sendiri Jadi PM Ke-9?

Fi Aliff Syukri Jadi Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita tentang perletakan jawatan Perdana Menteri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, nyata mengejutkan ramai pihak dan mendapat pelbagai reaksi oleh netizen yang tak menjangkakan perkara tersebut berlaku.


Namun di sebalik semua perkara yang terjadi ni, ada juga golongan selebriti yang seakan mahu mengisi jawatan ditinggalkan oleh Ahli Parlimen Pagoh berkenaan..

 

Aliff Syukri isi borang permohonan

Antara paling menghiburkan ialah, pengasas produk D’Herbs Dato Seri Aliff Syukri yang dilihat seakan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

Menerusi satu posting yang dimuatnaiknya di Instagram, dia dilihat mengisi borang ‘Permohonan Jawatan Perdana Menteri Ke-9’.

Dalam borang tersebut, dilihat terdapat butiran peribadi yang sama seperti borang-borang permohonan yang lain. Bukan itu saja, siap ada lagi dinyatakan tarikh perlantikan bagi mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Tan Sri Muhyiddin tu sendiri.

“Kalau ada rezki tak kemana.. Doakan semuanya di permudahkan” tulisnya.

 

Perkongsiannya itu nyata mendapat perhatian ramai pihak yang terhibur dengan gelagatnya itu. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah komen daripada ibu usahawan itu sendiri, Bonda Rozita.

Beliau dengan berseloroh menyatakan tindakan anaknya itu, seakan mengundang kecaman daripada dirinya sendiri.

Aliff Syukri Jadi Pm 4

 

“Dato nak urus pembantu rumah pon jerak jerit”

Di ruangan komen posting tersebut, rata-rata pelbagai reaksi ditunjukkan oleh warganet yang seakan terhibur dengan Aliff sendiri. Namun ada juga yang bergurau, seakan menyokong sebab yakin dengan kemampuan Dato Aliff itu.

Reak Aliff Syukri Jadi Pm 3 Edit Reak Aliff Syukri Jadi Pm 2 Edit Reak Aliff Syukri Jadi Pm 1 Edit

Perdana Menteri terus eh. Bukan kaleng-kaleng Dato Aliff punya keinginan ni.

 

Baca : “Dato ni mulut ja potpet potpet tapi…” – Netizen Puji Aliff Syukri Lepas Tonton Video Dia Dengan Pakcik Ni

Foot Alif Syukri Jadi Pm

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.