in

Dituduh Punca Si Mati Dapat Jangkitan, Pemandu Ambulans Dipukul Masa Hantar Jenazah Pesakit COVID-19

Ambulans

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara percaya pada khabar angin, seorang pemandu ambulans cedera selepas dipukul penduduk setempat ketika mangsa sedang membawa jenazah pesakit COVID-19 pulang ke rumahnya.



Memetik laporan Tribunnews, kejadian terbabit berlaku di Desa Sukarapih, Kecamatan Cibeureum, Jawa Barat pada Selasa lalu, 29 Jun 2021.

Dfsk Gelora Ambulans E1625278526263
Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Cibingin, Asep Alamsyah, dua penduduk kampung sudah ditahan selepas dipercayai melakukan kekerasan ke atas pemandu ambulans terbabit.

Si mati ada sejarah jangkitan paru-paru

Dalam pada itu, Pengarah Rumah Sakit Umum Daerah 45 Kuningan, Dr Deki Saefullah berkata, insiden itu berpunca daripada pemandu terbabit yang dituduh mengakibatkan jangkitan COVID-19 kepada pesakit yang meninggal dunia itu.

“Menurut info yang kami terima, pemandu kami dituduh meng-covid-kan pesakit yang meninggal dunia itu. Padahal, si mati sebenarnya disahkan menghidap wabak terbabit selepas mendapatkan rawatan selain mempunyai sejarah penyakit paru-paru,” katanya. 

Tvhywhhmnfobtnkuejzd3Fquo4 E1625278689328
Gambar hiasan

Lapor Harian Metro pula, semenjak pandemik COVID-19 melanda, telah tersebar beberapa khabar angin di Indonesia bahawa hospital bertanggungjawab menyebabkan penyakit itu.

Penyebaran khabar angin terbabit menyebabkan masyarakat terbahagi kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempercayainya dan sebaliknya.

Setiausaha Angung Perhimpunan Rumah Sakit Seluruh Indonesia (Persi) berkata, tuduhan terbabit bersifat peribadi dan tidak ada satu pihak pun yang melakukan perbuatan seperti yang diperkatakan.

“Kami saya sekali tidak mahu ada rumah sakit yang sengaja menyebarkan penyakit ini,” katanya.

 

Sumber: Tribunnews, Harian Metro

Baca: “Kau patah balik!” – [Video] Orang Kampung Memberontak Halau Ambulans Nak Kebumikan Mayat Pesakit Covid-19 Sebab Takut Jangkit

Orgkampung4 E1625278424938

Sumber: Reuters

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.