in

Dituduh Ada Skandal Dengan Isteri Orang, Syamsul Debat Mahu Bersihkan Nama

Page Sd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal Syamsul Debat kan? Beliau ni merupakan personaliti program motivasi dan keagamaan yang terkenal. Baru-baru ni, Syamsul terpalit dengan satu skandal yang mengejutkan orang ramai.


Menurut mStar, Syamsul Debat, 41, atau nama sebenarnya Syamsul Amri pun rasa terkejut lepas dapat banyak persoalan daripada keluarga beliau sendiri lepas balik dari Mekah Ahad lepas.

Sd1
sumber: nst

Syamsul juga keliru sebab laporan akhbar ada tulis yang satu laporan polis telah dibuat di JB tapi beliau sendiri tak tahu menahu details laporan polis tu dan sama ada ia dibuat oleh lelaki atau perempuan.

Menafikan segala tuduhan yang dibuat ke atasnya, Syamsul tak sangka laporan akhbar boleh sebut, letak nama dan gambar serta profilnya yang mengatakan dia mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

“Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini.”

Sementara tu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin kata siasatan tu dibuat sebab polis terima maklumat dan laporan dariapada pengadu di sebuah balai polis di Johor baru-baru ni.

Pihak media juga melaporkan yang Syamsul sudah pun dipanggil untuk disoal siasat tapi itu tidak benar. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang telah dibuat ke atasnya dan ingin membersihkan namanya.

Sd2
sumber: al hijrah media

Beliau turut memberitahu akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pihak media yang dah keluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes tersebut.

“Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya… dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul ke tak betul ke hujung pangkal”

Alahai, tak pasal-pasal.

Baca: “Berapa lama dah kau skandal dengan laki aku?” – Wanita Sangka Suami Ada Skandal, Rupa-rupanya…

Gy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.