in

Disangka Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Wanita Ini Pulang Ke Rumah 2 Minggu Lepas ‘Mayatnya’ Dibakar

Disangka Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Wanita Ini Pulang Ke Rumah 2 Minggu Lepas Mayatnya Dibakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah keluarga yang sedang berkabung di India menerima satu kejutan besar selepas ahli keluarga mereka yang disangka baru saja meninggal dunia pulang ke rumah.


Lebih mengejutkan, keluarga itu sebenarnya baru dua minggu lalu menjalankan upacara pembakaran mayat individu terbabit. Habis tu, macam mana pulak dia boleh balik rumah?

0 Muktyala Girijamma E1622868597145

Lapor Daily Star, pada 15 Mei lalu, keluarga Muktyala Girijamma telah diberitahu oleh pihak hospital bahawa wanita berusia 60 tahun itu telah meninggal dunia selepas dijangkiti wabak COVID-19.

Dikhabarkan, oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di negara itu, ahli keluarga Muktyala tidak ada pilihan lain selain melihat jenazah ahli keluarga mereka dari jauh. Difahamkan, tidak seorang pun ahli keluarga Mutyala dapat melihat jasad wanita terbabit susulan ia disimpan di dalam plastik sehingga masa untuk dibakar.

957095 Govt Hospital E1622869751630

Kata Nagu, iaitu anak buah kepada Muktyala, dia dan keluarganya datang ke Vijayawada Government General Hospital untuk melawat Muktyala. Pun begitu, mereka dimaklumkan warga emas terbabit sudah meninggal dunia.

“Doktor yang bertugas pada hari itu gagal memberitahu pak cik saya yang mereka sudah memindahkan dia (Muktyala) ke wad lain. Jadi, mereka memberitahu pak cik, Muktyala sudah meninggal dunia akibat COVID-19,” katanya.

Jelas Nagu lagi, keluarganya masih tidak mengenal pasti identiti mayat yang mereka bakar susulan tiada siapa yang boleh membuka plastik yang menutupinya.

Muktyala dilaporkan pulang semula ke Kampung Christianpet di Jaggaiah Mandal dekat daerah Krishna pada 2 Jun lalu. Ketika kepulangannya itu, ahli keluarga yang lain sedang melakukan upacara Shraddha yang merupakan tanda penghormatan terakhir untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia.

Muktyala E1622868653879

Laporan lanjut mendedahkan Muktyala telah pulang semula ke kediamannya dengan berjalan kaki meskipun sudah ditawarkan 3,000 rupee oleh pihak hospital sebagai tambang balik. Keluarga wanita itu terkejut selepas melihat Muktyala. Wanita itu difahamkan merungut kerana tiada siapa yang datang menjemputnya.

Walaupun berita kepulangan ajaib Muktyala itu disambut gembira, keluarga terbabit difahamkan masih bersedih susulan pemergian anak Muktyala, Ramesh, 36, yang meninggal dunia akibat wabak maut itu.

Menurut laporan media tempatan, Ramesh dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dengan ibunya, Muktyala. Pun begitu, lelaki terbabit disahkan meninggal dunia pada 23 Mei lalu.

Sumber: Daily Star

Baca: “Siapa yang dia bawak balik tu?” – Wanita Kaget Suami Masih Hidup Lepas 4 Hari ‘Dikebumikan’

Suami Balik Lepas Hilang 4 Hari 1 E1622867427895

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.