in

Diratah Boyfriend dan Kawan-kawan

Page R 1

Apa nak jadilah dengan golongan belia sekarang ni. Sering kali membuat perkara yang tak elok dan menyalahi undang-undang ibarat langsung tak memikirkan tentang masa depan dan orang lain yang terlibat dengan jenayah yang dilakukan.

Menurut Harian Metro, seorang pelajar perempuan tingkatan dua yang berasal dari Tawang, Bachok, Kelantan telah dirogol oleh teman lelakinya yang berusia 17 tahun dan beberapa lelaki lain yang merupakan kenalan kekasihnya itu.

Kejadian itu bermula apabila teman lelaki remaja tersebut menghubunginya pada jam 2.15 pagi semasa dia berada di rumah di Cherang Ruku, Pasir Puteh untuk keluar bersiar-siar dengan menaiki motosikal.

Gadis berusia 14 tahun itu kemudian mengikut kekasihnya sebelum suspek bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Taman Seri Bayu, Kuala Besut, Jerteh. Mangsa kemudian dirogol kekasihnya dan rakan-rakan lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu mangsa telah ditinggalkan di tempat lain selepas kesemua suspek telah selesai ‘mengerjakan’ mangsa.

“Selepas kejadian rogol itu, mangsa ditinggalkan di kawasan Jambatan Tok Bali, Pasir Puteh dan pulang sendiri ke rumahnya di Kelantan, dalam keadaan lemah dan kesakitan.”

Mohd Zamri juga memberitahu mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku pada 3.30 petang 22 Julai untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol.

 “Sehubungan itu, mangsa dibawa ke Hospital Perempuan Zainab, Kota Bharu, untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan baru pada kemaluan mangsa.”

Sementara itu, teman lelaki mangsa telah berjaya diberkas di rumah dekat Kampung Telaga Papan, Semerak, Cherang Ruku, pada jam dua pagi Isnin lalu.

“Siasatan mendapati, suspek turut memiliki rekod lampau mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya dan kini direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.”

Selain itu, suspek kedua iaitu pelajar tingkatan lima di Pasir Putih ditahan di rumah dekat Jalan Tok Bali, Semerak kira-kira jam dua pagi Rabu lalu.

“Polis masih memburu dua lagi suspek yang kini dipercayai sedang menyembunyikan diri untuk membantu siasatan kes ini.”

Harap cepat-cepat dorang kena tangkap!

Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.

Baca: Dirogol Abang Sendiri, Gadis Ditangkap Kerana Gugurkan Kandungan