Banyak betul masalah sosial zaman sekarang ni.
Baru-baru ni, menurut mStar. seorang gadis berusia 15 tahun telah dihukum penjara enam bulan sebab gugurkan kandungannya. What??!
Ok so, kejadian ni berlaku di Jakarta dan di negara jiran tu, menggugurkan anak dalam kandungan adalah dilarang. Namun, ianya juga dibenarkan atas kes rogol terutamanya sekiranya kehidupan mangsa berdepan dengan risiko.
Walau bagaimanapun, proses pengguguran itu seharusnya dilakukan dalam tempoh satu setengah bulan kehamilan dan dilakukan oleh pakar.
Dalam kes gadis ni, dia telah dirogol oleh abang kandungnya sendiri yang berusia 18 tahun sebanyak lapan kali sejak bulan September tahun lalu. OMG!
Menurut pihak mahkamah, gadis berkenaan telah menggugurkan bayi dalam kandungan pada usia kehamilannya enam bulan. Ibunya juga turut membantu dalam proses menggugurkan kandungan anaknya kerana bimbang dimalukan jiran-jiran. Oleh itu, dia pun berdepan dengan pertuduhan kerana bersubahat.
Hal ni terbongkar sebab pada bulan Mei yang lalu, penduduk kampung tempat gadis itu tinggal telah menjumpai janin tanpa kepala dekat ladang kelapa sawit. Sebabkan hal ini, kes ini menjadi kes polis dan mereka telah pun melakukan penahanan pada bulan Jun yang lalu.
Sekarang ni, gadis itu telah dihukum penjara selama enam bulan manakala abangnya itu telah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Daerah Muara Bulian di Batanghari, Sumatera iaitu hukuman penjara selama dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur.
Abang jenis apa lah laki tu…
Nota: Gambar yang digunakan adalah sekadar hiasan.
Baca: Dua Abang Tergamak Rogol Adik Tiri Berumur 13 Tahun 30 Kali Kali Hingga Melahirkan Anak