in

“Dipercayai angkara Ah Long”- Mangsa 47 Tahun Buka Mulut Punca Anu Tersekat Dalam Botol Plastik

Botol

Pada 11 April 2021, seorang lelaki 47 tahun dari Pontian, Johor berdepan dengan detik cemas apabila kemaluannya tersekat dalam botol plastik.

Pihak bomba terpaksa menggunakan satu alatan khas untuk memotong botol tersebut. Namun begitu, Info Roadbloack JPJ/Polis menjelaskan kejadian itu dipercayai angkara Ah Long.

Ketua BBP Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd. Jalil berkata , operasi tersebut yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Julia Sani tamat pada jam 7.39 petang.

171433722 1867118506799184 2504390705657524798 N

“Lelaki tersebut selamat tetapi berdarah sedikit. Apabila sudah selesai pihak bomba bertanya mangsa bagaimana botol plastik itu boleh tersekat pada bahagian kemaluan, lelaki itu mendakwa perbuatan ah long.”

Katanya lagi bomba terpaksa melakukan pemotongan itu kerana pihak hospital tidak dapat mengeluarkan plastik tersebut.

“Mangsa mendakwa ah long yang melakukannya sebelum dia dikejarkan ke hospital kerana tidak dapat mengeluarkan botol plastik tersebut.”

 

Baca : Lelaki Umur 47 Tahun Berdepan Detik Cemas, ‘Anu’ Tersekat Dalam Botol Plastik

Polis4

Sumber: Facebook