in

Lelaki Umur 47 Tahun Berdepan Detik Cemas, ‘Anu’ Tersekat Dalam Botol Plastik

Aihhhh, min tak boleh brain betullah dengan cerita kali ini. Tak ada penyakit, pergi cari penyakit.

Kisah dilaporkan berlaku di Pontian, seorang lelaki berumur 47 tahun berdepan detik cemas apabila ‘anu’ nya tersekat di dalam botol plastik semalam. Hmm kenapa eh?

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan II, Julia Sani, berkata pihaknya menerima kejadian itu pada jam 7.18 malam.

Selain itu, sebuah jentera FRT dan enam orang anggota telah diarahkan ke Hospital Pontian untuk membantu lelaki tersebut.

“Setibanya di Hospital Pontian didapati benar terdapat seorang lelaki dewasa berusia 47 tahun telah tersekat botol plastik pada kemaluannya.” – katanya

Anggota bomba turut memotong botol tersebut menggunakan alat khas dan mengambil masa dalam 20 minit untuk selesai.

“Anggota bomba bertindak memotong botol berkenaan menggunakan satu unit alat peralatan khas pemotong sebelum berjaya mengeluarkan kemaluan lelaki itu dari muncung botol plastik berkenaan,” 

 

Min still tak boleh nak brain, apa komen korang.

Sumber : Harian Metro, Sinar Harian

 

Baca : “Dia potong habis lepastu lari”; Lelaki Pakistan Kena Ketuk Ketampi Sambil Bogel Sebelum Kemaluan Dikerat

Sumber: Sinar Harian