Dipercayai Akibat Hutang, Warga Malaysia Ma*t Ditemb*k di Sungai Golok

Jadikan sumber pilihan di Google
Sungai Golok

Seorang rakyat Malaysia yang cedera parah selepas ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand, dilaporkan meninggal dunia pada malam Sabtu.

Mangsa, Mohd Fuad Fahmie Ghazali, 33, berasal dari Kampung Kepas Apam, meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok akibat ditembak lapan kali dalam kejadian petang yang sama.


Screenshot 2025 11 02 At 10.39.19 Am

Ibunya, Zaiton Abdul Rahman, 64, berkata beliau menerima berita mengenai insiden tragis itu daripada menantunya, Wan Fatihah Mat Hussin, 35.

Katanya, pada awalnya beliau dimaklumkan anaknya parah akibat ditembak sekitar jam 8 malam, namun sejam kemudian menerima panggilan kedua mengesahkan anaknya telah meninggal dunia.

Artikel berkaitan: “Dua jam saya riba jasad suami tanpa kep*la…” – Isteri Mangsa Tet*k Kongsi Detik Tragis di Kampung Pida 3

Artikel berkaitan: Seorang Lelaki Maut Ditet*k Adik Ipar Sendiri

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian berlaku sekitar 6.40 petang di sebuah rumah di Sungai Golok, ketika mangsa dikatakan berada di situ atas urusan peribadi.

Penduduk tempatan yang berada berhampiran lokasi kejadian segera menghubungi pihak berkuasa selepas terdengar beberapa das tembakan dilepaskan.

Jurucakap Polis Narathiwat memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai berpunca daripada masalah hutang.

Beberapa saksi yang ditemu bual mengesahkan mereka mengenali mangsa dan seorang lagi individu yang dikatakan terlibat dalam pertikaian sebelum kejadian tembakan berlaku.

Screenshot 2025 11 02 At 10.40.09 Am

Pihak berkuasa Thailand kini sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti suspek utama dan motif sebenar kejadian.

Dalam masa sama, keluarga mangsa di Pasir Mas berharap pihak berkuasa kedua-dua negara dapat mempercepatkan urusan siasatan dan membawa pulang jenazah Mohd Fuad Fahmie ke Malaysia untuk dikebumikan di kampung halamannya.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dipercayai Akibat Hutang, Warga Malaysia Ma*t Ditemb*k di Sungai Golok
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dipercayai-akibat-hutang-warga-malaysia-mat-ditembk-di-sungai-golok/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen