Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol

Jadikan sumber pilihan di Google
Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol

Kemalangan membabitkan dua kereta di Plaza Tol Telok Panglima Garang, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), pada Jumaat membawa kepada penemuan dadah dalam sebuah kenderaan yang dipandu seorang lelaki tempatan.

Screenshot 2025 09 13 At 12.35.32 Pm

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, kereta jenis Chery dipandu suspek berusia 40-an melanggar belakang Toyota Corolla Cross sebelum merempuh tembok pembahagi dan terbalik. Pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki lesen memandu.


Siasatan lanjut menemukan dadah disyaki jenis ganja seberat 1.07 gram dan syabu seberat 1.17 gram di dalam kenderaan terbabit. Pemandu wanita Toyota Corolla Cross tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.

Artikel berkaitan: Rakyat Malaysia Ditahan Polis Thai, Dakwa Terima Upah RM10,000 Seludup M16 & Ratusan Peluru Ke Malaysia

Artikel berkaitan: Anak Bekas Pemimpin Tertinggi Negara Ditahan, Polis Jumpa Dadah Dalam Kereta

Screenshot 2025 09 13 At 12.35.40 Pm

Suspek cedera di kaki, muka dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Banting untuk rawatan. Walaupun ditahan, suspek masih menerima rawatan dan sampel darah serta air kencing telah diambil bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 12(2) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/polis-temui-dadah-dalam-kenderaan-kemalangan-di-plaza-tol/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen