Sayang dengan kucing? Bagi pencinta kucing di luar sana, ia adalah satu perkara biasa bagi mereka untuk sanggup turun ke kaki lima atau berada di kawasan yang kotor demi memberi haiwan kesayangan Nabi ini makan dan merawat mereka.
Namun tahu tak korang, insan yang sering kali dipandang mulia ini pernah mendapat cemuhan dan dikutuk orang sekeliling oleh kerana perkara baik yang mereka lakukan?
Berikut admin kongsikan kisah suka duka seorang ‘Pemberi Makan Kucing Terbiar’ dari Facebook. Kucing lovers sediakan tisu siap-siap ye.
Pernah ditegur seorang pakcik, “Buat baik dengan binatang ni tak rugi apa pun. Sebab dia doakan kita.”
Menurut perkongsian pencinta kucing, Nur Aina Syafira, banyak yang dia lalui sepanjang menjadi Pemberi Makan Kucing Terbiar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ada yang buat dia rasa terharu, ada juga yang buat dia rasa sedih tak terkata. Huhuhu tak sangka wujud manusia perangai macam ni…
“Saya dijeling oleh orang yang lalu lalang di kawasan tu. Mereka pandang saya macam saya ni jijik sangat. Sedih…”
“Lepas bagi makan kucing, tekak saya haus dan teringin makan roti canai… pekerjanya nak tak nak je layan saya. Apa tak layakkah saya nak makan?”
“Banyak lagi cerita… tapi hati tak kuat nak kongsi”
Sebak min baca kisah kakak ni dan kucing-kucing terbiarnya. Betullah kata dia, bila kita terlihat kotor dan miskin, memang tak ada seorang pun nak layan. Malah dikejinya pulak. Tersingkap habis sikap sebenar seorang manusia tu.