Dihina, Diseret, Dipaksa Cium Bendera, Ini Layanan Yang Diberikan Tentera Isra*l Kepada Greta Thunberg

Tambah ke Sumber Pilihan
Greta Thunberg

Beberapa aktivis antarabangsa yang dibebaskan selepas ditahan Israel mendakwa aktivis terkenal, Greta Thunberg, diperlakukan secara kasar oleh pasukan keselamatan rejim Zionis ketika dalam tahanan.

Screenshot 2025 10 05 At 11.45.55 Am

Wartawan Turkiye, Ersin Celik, yang turut menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, mendakwa beliau menyaksikan sendiri Greta diseret di atas tanah dan dipaksa mencium bendera Israel.


Dakwaan itu mencetuskan kemarahan pelbagai pihak antarabangsa yang menuntut siasatan segera terhadap layanan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Artikel berkaitan: Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar

Artikel berkaitan: “Kami dilayan seperti binatang” – Hazwani Helmi Dedah Pengalaman Dalam Tahanan

Menurut laporan Sinar Harian, seramai 137 aktivis yang diusir dari Israel mendarat di Istanbul pada Sabtu, termasuk 36 warganegara Turkiye serta sukarelawan dari Malaysia, Amerika Syarikat, Itali, Kuwait, Switzerland, Tunisia, Libya, Jordan dan beberapa negara lain.

Aktivis Malaysia, Hazwani Helmi, turut mendakwa Greta dipaksa berjalan sambil dijulang dengan bendera Israel, dan turut menambah bahawa tahanan lain dinafikan makanan, air bersih dan rawatan perubatan sewajarnya.

Greta Thunberg

Sukarelawan dari Amerika Syarikat, Windfield Beaver, serta wartawan Itali, Agostino, turut mengesahkan insiden itu dan mendakwa Greta dijadikan bahan propaganda Israel, malah dihina serta dipamerkan seperti trofi di hadapan tahanan lain.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dihina, Diseret, Dipaksa Cium Bendera, Ini Layanan Yang Diberikan Tentera Isra*l Kepada Greta Thunberg
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dihina-diseret-dipaksa-cium-bendera-ini-layanan-yang-diberikan-tentera-isral-kepada-greta-thunberg/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM