Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar

Tambah ke Sumber Pilihan
Sukarelawan GSF

Separuh daripada sukarelawan Global Sumud Flotila (GSF) Malaysia yang ditahan Israel sejak Khamis dilaporkan telah dibicarakan tanpa kehadiran peguam.

Perkara itu menimbulkan bantahan daripada Pusat Undang-Undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) yang sebelum ini bersedia mewakili rakyat Malaysia di mahkamah Israel.


Memetik laporan Harian Metro, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kerajaan sedang memantau keadaan 23 rakyat Malaysia yang kini berada dalam tahanan, meskipun komunikasi dengan mereka terputus.

Kerajaan turut menasihatkan sukarelawan agar menandatangani surat pengusiran bagi memudahkan proses deportasi jika diperlukan.

Screenshot 2025 10 04 At 2.39.30 Pm

Artikel berkaitan: Sukarelawan Global Sumud Flotilla Yang Ditahan Dipaksa Berlutut, Tangan Diikat Selama 5 Jam

Artikel berkaitan: Global Sumud Flotilla: Banyak Negara Bantu Bawa Pulang Rakyat Malaysia Yang Ditahan Israel

Menurut beliau, baki sukarelawan dijangka dibicarakan pada Isnin selepas berakhirnya cuti keagamaan Yom Kippur di Israel.

Pihak Wisma Putra sebelum ini menekankan kepentingan mengelakkan sebarang provokasi sepanjang proses penahanan.

Ketua Pengarah Pusat Gerakan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim, pula mendedahkan peguam hanya dibenarkan bertemu sukarelawan Malaysia sekali sahaja, manakala pertemuan susulan dihalang.

Beberapa peserta juga masih dinafikan akses kepada khidmat guaman.

Screenshot 2025 10 04 At 2.39.53 Pm

Setakat ini, seramai 462 peserta GSF dilaporkan berada dalam tahanan Israel, dengan hanya empat orang yang telah dibebaskan.

Ini bermakna 458 peserta, termasuk rakyat Malaysia, masih ditahan ketika usaha pembebasan sedang giat dijalankan.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Separuh Sukarelawan GSF Malaysia Dibicarakan Tanpa Peguam – Menteri Luar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/separuh-sukarelawan-gsf-malaysia-dibicarakan-tanpa-peguam-menteri-luar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM