in

“Tak sempat tatap wajah anak sulung” – Penjaga Gol Palestin M*ut Dalam Serangan Di Gaza

Saleem Al Aqshar Maut Penjaga Gol Palestin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impian seorang pemain bola sepak Palestin untuk menyambut kelahiran cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia dilaporkan maut dalam serangan tentera Israel di Gaza, hanya lima bulan selepas mendirikan rumah tangga.

Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar, dilaporkan terbunuh awal minggu ini selepas terkena tembakan yang dilepaskan oleh tentera Israel, menurut kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA).


PFA memaklumkan, pemain berusia 32 tahun itu menjadi antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban sejak konflik memuncak pada Oktober 2023.

Lebih memilukan, dia juga termasuk dalam senarai lebih 1,000 atlet Palestin yang dilaporkan maut sepanjang tempoh tersebut.

Pemergian Al-Ashqar meninggalkan duka yang mendalam apabila dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan kira-kira lima bulan lalu, manakala isterinya kini sedang hamil zuriat pertama mereka.

Hmmgtrbbwaa A90

Artikel berkaitan: “Heads up!” – Tindakan Pemain Brazil Peluk & Pujuk Pemain Jepun Lepas Kalah Buat Ramai Netizen Sebak!

Artikel berkaitan: “Misi kami aman, dilindungi undang-undang” – Aktivis Brazil Bantah Ancaman Isra*l Halang GSF

Insiden tragis itu mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta komuniti sukan Palestin dan antarabangsa yang menzahirkan ucapan takziah serta penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Kelab bola sepak Chile, Deportivo Palestino, turut merakamkan ucapan dukacita menerusi satu kenyataan yang dimuat naik pada Rabu.

“Kami amat berdukacita atas pemergian tragis penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar.

“Beliau terbunuh di tangan tentera Israel. Kami amat sedih melihat insiden seumpama ini terus berlaku dan menyeru agar keadilan serta keamanan ditegakkan,” menurut kenyataan kelab itu.

Pemergian Saleem Al-Ashqar sekali lagi menjadi simbol penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin, termasuk golongan atlet yang turut menjadi mangsa di tengah-tengah konflik yang masih berlarutan.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.