Dihalau & Baju Dicampak Luar Rumah, Dua Beradik Nekad Naik Bas Balik Ke Rumah Perlindungan

Tambah ke Sumber Pilihan
Dihalau & Baju Dicampak Luar Rumah, Dua Beradik Nekad Naik Bas Balik Ke Rumah Perlindungan

Kisah menyayat hati yang dikongsikan oleh Herman Sudil mendedahkan penderitaan dua beradik yang berkali-kali dikhianati oleh keluarga sendiri. Sekecil itu, mereka sudah terpaksa menelan pahitnya erti dibuang dan dihalau.

Tahun lalu, dua beradik ini pernah terlantar di hospital selama dua minggu akibat dipukul ayah kandung. Bukan kerana nakal, tetapi kerana mereka mahu ke sekolah sedangkan si ayah memaksa mereka bekerja. Selepas kehilangan ibu dan melalui pelbagai penjaga, badan mereka penuh lebam, namun luka di hati mereka jauh lebih parah.


Artikel berkaitan: Tidak Serik, 3 Penjenayah Malaysia Bertindak Ganas Di Mumbai Selepas Kena Halau Dari UK

Artikel berkaitan: Hampir 1,000 Rumah Musnah, Kerajaan Tanggung Ganti Dokumen Mangsa Kebakaran

Dihalau Sehelai Sepinggang

Harapan untuk memulakan hidup baru bersama saudara di negeri lain turut musnah. Sebaik pulang dari sekolah, mereka mendapati baju-baju mereka sudah dicampak ke luar rumah. Tanpa arah tujuan dan dengan beg di tangan, mereka dihalau keluar begitu sahaja oleh darah daging sendiri.

“Kami Cuma Nak Tempat Yang Selamat”

Dalam ketakutan, mereka menghubungi Rumah Perlindungan Kanak-Kanak TBQ Amal untuk memohon pulang ke Johor. Bagi mereka, hanya tempat itu yang dirasakan sebagai ‘rumah’ paling selamat.

Menurut Herman, dua beradik ini selamat tiba di Terminal Larkin jam 3 pagi tadi selepas menaiki bas sendiri. Mereka menempuh perjalanan jauh hanya untuk mencari satu perkara yang dinafikan oleh keluarga mereka: sebuah perlindungan yang selamat.

Sumber: Facebook

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dihalau & Baju Dicampak Luar Rumah, Dua Beradik Nekad Naik Bas Balik Ke Rumah Perlindungan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dihalau-baju-dicampak-luar-rumah-dua-beradik-nekad-naik-bas-balik-ke-rumah-perlindungan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM