in

Digelar ‘Scientist Emperor’, Hampir Semua Ahli Keluarga Maharaja Jepun Berpelajaran Tinggi & Ahli Saintis Yang Hebat!

Saintis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain dari Malaysia yang mempunyai sistem raja berpelembagaan yang unik, Jepun juga menggunakan sistem pemerintahan yang sama iaitu demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan yang diterajui oleh seorang maharaja.


Pun begitu, beberapa hari lepas Maharaja Akihito, 85 telah mengumumkan penurunan takhtanya yang menjadikan beliau sebagai maharaja Jepun pertama yang turun takhta selepas 200 tahun.

41551021756 Emperorakihito
sumber: astro awani

 

Anakanda Putera Mahkota Naruhito naik takhta

Uniknya buat baginda Maharaja Akihito, beliau tak seperti maharaja sebelum ini iaitu kekal di takhta sehingga ke akhir hayat. Beliau bagaimanapun melepaskan gelaran kepada anaknya yang kini telah menjadi Maharaja Naruhito.

Vbrnalthzmi6Tjuyfkhybde47M
sumber: washington post

Nak tahu apa yang menariknya mengenai keluarga diraja ini? Haa mereka semua berpelajaran tinggi dan bukan tahap biasa-biasa tau. Semuanya level-level saintis!

Berikut profil pendidikan ahli keluarga maharaja Jepun yang dikongsikan Zamir Mohyedin di Twitter

 

Maharaja Akihito 

Menurut perkongsian di Twitter, Akihito yang telah turun dari takhta pada 1 Mei lepas ini rupa-rupanya seorang ahli saintis yang terlibat dalam kajian biologi marin. Kepakaran Akihito ialah pada kajian sains ikan (ichthyology).

Lagi best, Akihito juga pernah terbitkan beberapa jurnal saintifik antarabangsa tau!

Maharaja 1

D5Ipmztwkaadnyr
sumber: twitter

 

Adik lelaki, Putera Masahito 

Sama seperti abangnya, Masahito juga seorang saintis yang terlibat dalam kajian kanser dan specialize dalam kajian ‘cellular division’.

Maharaja 2

D5Isbgtwwam8Aoi

D5Iskabw0Aeqklf
sumber: twitter

 

Anak, Fumihito

Mempunyai minat yang sama seperti ayahandanya, Fumihito juga seorang saintis yang terlibat dalam kajian sains ikan dan graduate dari Universiti Oxford.

Maharaja 3

D5Ivomdx4Aak 2S
sumber: twitter

 

Isteri, Maharani Michiko 

Sungguhpun, Michiko bukan seorang saintis beliau kerap terlibat dalam hal berkaitan sastera. Beliau telah menerbitkan beberapa buku sastera termasuklah buku untuk kanak-kanak. Lebih menarik, hasil tulisannya juga telah diterjemahkan ke bahasa Perancis tau.

D5Ikivowsaabldn
sumber: twitter

 

Cucu, Puteri Mako

Cucu perempuannya, Puteri Mako merupakan seorang penyelidik di Muzium Universiti Tokyo. Mako juga boleh dikatakan sebagai seorang yang mengagumkan kerana dia sering terlibat dalam sejarah dan arkeologi. Malah dia juga memiliki Master’s Degree dari Universiti Leicester.

Maharaja 4
sumber: twitter

 

Anak sulung, Maharaja Naruhito 

Merupakan graduan dari Universiti Oxford dan Universiti Gakushuin, Naruhito juga memiliki Master’s Degree dalam sejarah seperti anak saudaranya, Puteri Mako.

D5Inch Wwae 4Gi
sumber: twitter

 

Anak perempuan, Puteri Nori

Satu-satunya anak perempuan Akihito, Puteri Nori juga seorang saintis. Terlibat dalam bidang kajian burung (ornithology) atau lebih spesifik kepada burung Kingfisher. Beliau kini seorang penyelidik di Universiti Tamagawa.

Nori sering dikenali sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang sastera. Like mother like daughter ni! 

D5Iptzgw4Aaow6P
sumber: twitter

 

Pakcik, Takahito 

Dikenali sebagai ‘Imperial Scholar’, beliau seorang yang expert dalam bidang arkeologi, pengajian timur tengah dan Bahasa Semitik. Beliau pernah menjadi pensyarah di pelbagai universiti di Jepun serta sering buat kemunculan di radio dan televisyen untuk membincang tentang subjek budaya.

D5Ir0Qjwsamlhhf
sumber: twitter

 

Cucu, Puteri Kako

Baru berusia 25 tahun, Kako telah menamatkan pelajaran pada tahun lepas (2018) di Universiti Leeds dalam bidang psikologi. Puteri ini katanya meminati sukan peluncuran.

D5Iu5Mjwsaevu1G
sumber: twitter

 

Cucu saudara, Puteri Akiko 

Akiko ialah seorang Associate Professor di Universiti Risumeikan dan penyelidik di pelbagai institusi di Japan. Beliau mendapat gelaran Doktor Falsafah di Universiti Oxford dalam bidang sejarah Seni Jepun.

D5Iwg48Xsaa7Cwa
sumber: twitter

So amacam? Hebatkan keturunan Maharaja Jepun ni. Tak mainlah PhD dan Master tipu ni. Semoga lebih ramai terinspirasi dengan kejayaan mereka. 

Baca: Netizen Bandingkan ‘Parenting Skill’ Aliff Syukri & Dr Sheikh Muszaphar, Jauh Beza Cara Orang Berilmu Jaga Anak!

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.