in

Netizen Bandingkan ‘Parenting Skill’ Aliff Syukri & Dr Sheikh Muszaphar, Jauh Beza Cara Orang Berilmu Jaga Anak!

Pukul Anak Punya Hal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh di media sosial sekarang tentang tindakan Dato’ Aliff Syukri yang merotan anak perempuannya sehingga berbirat badan gara-gara membuka tudung di depan tetamu lelaki.


Ramai di kalangan netizen menyifatkan tindakan Dato’ Aliff tu sangat kejam kerana anaknya baru saja berumur 9 tahun. Belum pun baligh lagi! Kenapa kejam sangat sampai nak merotan hingga berbirat badan? 

Berikut video Dato’ Aliff ‘merawat’ anaknya selepas dirotan yang kemudian dimuat naik ke Instagram. Sian pulak tengok budak tu merintih sakit. 

 

“Aku suka baca caption IG Angkawasan kita ni, tengok cara dia didik dan luangkan masa dengan anak-anak dia. Dia ni yang orang patut contohi” 

Meskipun ramai yang mengecam cara Dato’ Aliff mendidik anak-anaknya, masih ada segelintir yang menyokong. Mungkin juga kerana mereka dari didikan yang sama agaknya. Tapi seorang netizen di Twitter ni berpendapat, contoh terbaik yang parents kat luar sana patut ikuti bukanlah Dato’ Aliff tapi angkasawan negara, Datuk Sheikh Muszaphar Shukor. 

Angkasawan
sumber: twitter

Sweet kan? Selalu doakan yang terbaik buat anak dia. Kalau anak dia buat salah pun, Dr Sheikh Muszaphar selalu bagi semangat. Tak nampak pulak dia upload video pukul anak-anak atau marah dorang di Instagram.

 

“Setakat wife bersalin pun dia boleh record and post. What do you expect?” 

Rata-rata netizen kebanyakan mengakui yang memang taraf pendidikan dan class menjadi sebab kepada perbezaan parenting skills ni. Bagi mereka, kalau Dato’ Aliff boleh rakam video isterinya tengah bersalin dan upload ke media sosial, ini takat pukul anak… apalah sangat kan? Huhu… 

Educated
sumber: twitter

Apa-apapun bagi admin terpulang kepada ibu bapa tu sendiri lah untuk gunakan cara bagaimana dalam mendidik anak-anak mereka. Kalau rasa teknik memukul tu betul, pukullah tapi pastikan dengan cara berhemah mengikut ajaran Islam.

Yang paling penting jangan buat anak-anak takut dengan ibu bapa, buat mereka hormat. Anak-anak yang ada rasa hormat pada ibu bapa tu admin jamin pasti takkan buat perkara yang tak senonoh di belakang parents dorang. 

Baca: “Oh abah, kalaulah kita seperti keluarga lain” – Kakak Aliff Syukri Dedah Kisah Sedih Bapa Mereka Yang Baik Hati

Alip

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.