Nama pelakon yang terkenal menerusi drama bersiri Nur dan Nur 2 iaitu Raja Atiq sekali lagi menjadi tumpuan netizen di media sosial.
Raja Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah menjadi buat mulut warganet berikutan dengan tindak tanduknya ketika melakukan sesi live di TikTok.
Artikel Berkaitan : “Tegur jangan sampai menghina”- Raja Atiq Respon Isu Tayang Body
Artikel Berkaitan : Muat Naik Gambar Tayang ‘Body’, IG Raja Atiq Penuh Dengan Sindiran Netizen
Ramai netizen berkongsi video Atiq di lama sosial yang memperlihatkan Atiq kelihatan agak ‘panas’ ketika sesi live berlangsung, bila ada netizen yang seakan menyindir dan mendakwa dia meniru konten Sajat ketika live di TikTok.
Rupanyahhhh https://t.co/dEDKIO3lyx
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) September 21, 2023
Disebabkan itu, Raja Atiq sebelum ini ada muat naik IG Story miliknya untuk membuat penjelasan bagi menafikan mengenai dakwaan tersebut. Malah, dia juga ada membuat penjelasan secara lisan dalam satu sesi live lain.
Tak cukup dengan itu, muncul lagi satu video memaparkan Atiq sedang membuat penjelasan yang dia tidak rasa terkesan dengan segala kecaman dan sindiran yang diberikan oleh netizen.
Malah, ada juga video lain menunjukkan dirinya memberikan satu respon sinis daripada warganet sambil menegaskan bahawa dirinya okay sahaja.sebelum mengajak seseorang netizen ini untuk join sesi live bersamanya.
https://twitter.com/adliehassan/status/1704697014792118584
Berikutan itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menegur dirinya agar bersikap profesional jika ingin menjalankan sesi live terutamanya jika ingin meminta sebarang pendapat daripada netizen. Dalam pada itu, ada juga netizen labelkan’ pelakon ini ‘cepat koyak’.
Mungkin dia tertekan kerana sering dihujani dengan soalan-soalan sinis yang diberikan oleh netizen, soalan itu pula jenis yang mungkin tiada sensitiviti.
Sumber : X