in

“Ayah!” – [VIDEO] Sedih! Anak Menjerit Dari Pagar Tanah Perkuburan Tengok Pengebumian Ayah Runtun Hati Netizen

Fi Ayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehilangan ahli keluarga nyata menjadi suatu perkara yang amat berat untuk ditelan, lebih-lebih lagi jika ahli keluarga tersebut adalah ibu bapa kita sendiri.



Tambahan lagi, jika punca pemergian itu dek kerana wabak Covid-19 yang mesti menjadi cabaran besar untuk ahli keluarga sebab tak dapat nak urus jenazah ahli keluarga mereka buat kali terakhir.

 

Menjerit panggil ayah yang dah ‘tiada’

Beberapa hari yang lalu, viral di media sosial apabila reaksi seorang anak kecil yang menjerit bagaikan tak percaya bahawa ayahnya ‘sudah tiada’ lagi.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @LyNn Aziz di TikTok, dia ada berkongsikan sebuah video yang dihantar oleh saudaranya tentang kematian ahli keluarga jiran mereka.

Ayah 2

Dalam video tersebut, terlihat sekumpulan petugas kesihatan yang lengkap memakai sut PPE sedang melakukan proses pengebumian di sebuah tanah perkuburan.

Oleh kerana tak dapat nak menghampiri kawasan berkenaan, anak lelakinya yang berusia 8 tahun hanya mampu melihat dari jauh saja. Namun apa yang meruntun jiwa, anaknya berulang kali menjerit panggil ayahnya seolah-olah tak percaya yang ayahnya dah ‘tiada’ gara-gara wabak Covid-19.

Perkongsian ini telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini video berkenaan telah peroleh lebih daripada 150k tontonan.

@lynnaaziz

Sedihnyaaa😭 saudara htr video ni, jiran meninggal kena Covid🥺 Alfatihah. #covidisreal #staysafe #alfatihah

♬ Original sound owner rmdnramli – Keyla Azwan

 

“Everytime he calls ‘ayah’, berjurai air mata aku”

Menjengah ke ruangan komen, nyata aksi kanak-kanak tersebut menyentuh perasaan ramai. Ada yang berasa terlampau sedih tiap kali kanak-kanak lelaki berkenaan memanggil ayahnya, di samping ramai yang turut mendoakan adik tersebut supaya dia dan keluarga diberi kekuatan untuk tempuh ujian yang tiba.

Reak Ayah 1 Edit

Reak Ayah 2 Edit Reak Ayah 3 Edit Reak Ayah 4 Edit

Sekarang wabak Covid-19 ni makin bahaya, min harap supaya semua kekal patuhi SOP dan sentiasa kuat sepanjang tempoh pandemik ini.

 

Baca : “Mengalir air mata jantan ayah” – Lama Tak Ke Masjid, Lelaki Sebak Bila Terima Jemputan Solat Jumaat

Foot Ayah

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.