in

“Dia sempat minta maaf, tapi…” – Remaja ‘Habiskan’ Nyawa Sepupu Sendiri Sebab Selalu Kena Ejek Miskin

Bunuh Sepupu

Kerana tidak tahan selalu diejek, seorang remaja lelaki membuat keputusan untuk ‘menghabiskan’ nyawa sepupunya sendiri. Menurut Tribun, mayat seorang gadis dijumpai dengan tiga kesan tusukan di bahagian perut pada 17 Mei lepas kira-kira jam 1.10 petang.

Mangsa
sumber: tribun

Difahamkan, Wiwik Wulandari, 14, ditemui tersembam di kawasan kebun dekat sebuah perkampungan di Lubuklinggau, Indonesia. Ketika pihak polis tiba di tempat kejadian, mayat masih belum mengeras dan kelihatan darah yang masih segar bermakna mangsa baru sahaja dibunuh ketika itu.

Banyak darah diperutnya dari bekas lukas ditusuk, ketika diangkat oleh polis pun mayat masih belum kaku dan belum mengeras.”

Menurut pihak polis tempat mangsa dibunuh itu adalah bukan laluan biasa digunakan orang kampung jadi kawasan itu agak sunyi. Setelah siasatan dijalankan polis mendapati sepupunya sendiri, Ald berusia 16 tahun yang membunuh mangsa menggunakan pisau.

Jumpa Mayat 1
sumber: tribun
Jumpa Mayat
sumber: tribun

Ketika disoal siasat, Ald mengaku sudah lama menyimpan dendam kerana sering diejek dan dipanggil penakut, miskin dan sebagainya oleh mangsa.

Pelaku ini mengaku dendam kerana sering diejek. Sering dikatakan penakut, miskin dan lain-lain lagi. Kerana dendam, pelaku kemudian mengambil tindakan sebegitu (membunuh).”

Ketika menceritakan bagaimana kejadian berlaku, Ald memberitahu bahawa mangsa sempat memohon maaf kerana sering mengejeknya namun padanya semua itu sudah terlambat.

Dia (mangsa) sudah minta maaf dengan aku. Tapi aku beritahu sudah terlambat.”

Selepas itu Ald terus bertindak menikam mangsa sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang sudah dibawa kerana dia memang ada niat untuk membunuh sepupunya itu.

Pembunuh
sumber: tribun
Mayat Mangsa
sumber: tribun

Keluarga mangsa berkata mereka tetap mahu pesalah dihukum dengan setimpal meskipun individu itu adalah saudara mereka sendiri.

Kami sebagai ibu bapa meminta secepat mungkin agar pesalah diberi hukuman seberat yang mungkin sebaik sahaja dia ditangkap.”

Pada 17 Jun lepas, Ald dijatuhkan hukuman 6 tahun 6 bulan penjara selepas dibicarakan hakim Mimi Hariayani. Dalam keadaan muka pucat, dia hanya mampu diam, menundukkan muka dan tidak berkata sepatah pun.

Perbicaraan
sumber: tribun

Macam macam orang sanggup buat kalau berdendam kan. Moga moga takde yang berdendam dengan admin… Smiley Cry

Baca: Askar Kerat Tangan, Seksa dan Bunuh Bekas Kekasih, Mayat Ditinggalkan Membusuk Dalam Bilik Hotel

Kena Bunuh Kekasih