in

Askar Kerat Tangan, Seksa dan Bunuh Bekas Kekasih, Mayat Ditinggalkan Membusuk Dalam Bilik Hotel

Kena Bunuh Kekasih

Mayat seorang gadis dikenal pasti sebagai Vera Oktaria ditemui sudah membusuk dalam bilik sebuah penginapan di Musi Banyuasin dekat Palembang pada 11 Mei lepas.

Menurut Tribun, gadis berusia 20 tahun yang bekerja sebagai cashier di sebuah supermarket tu ditemui dalam keadaan mukanya sudah menjadi hitam serta salah satu tangannya telah dipotong.

Bekas kekasih Vera, Prajurit Dua (Prada) Deri Pramana, seorang askar merupakan satu-satunya suspek dalam kes pembunuhan ini.

Dp1
sumber: facebook

Berikut adalah kronologi kes ini:

 

18 April 2019

Selepas selesai urusan kerja sewaktu Pilihan Raya dan habis masa cuti, suspek bergerak dari rumah ibu bapa untuk mengikuti satu latihan dekat Baturaja.

“Sehari selepas Pilihan Raya, dia kembali ke Baturaja kerana cutinya sudah habis,” beritahu bapa suspek.

Dp
sumber: facebook

 

April-Mei

Suspek ada menghubungi keluarga beberapa kali melalui kakaknya, Sri. Menurut Sri, kali terakhir dia dihubungi suspek adalah dengan mesej di Whatsapp.

Kali terakhir dia tanya menggunakan voice note di Whatsapp, ‘Bagaimana khabar ibu, sihat tidak’.”

 

6 Mei 2019

Bapa suspek bergerak ke Baturaja selepas mendapat perkhabaran suspek menghilangkan diri. Pihak pengurusan juga memaklumkan sudah masuk ke hutan 3 hari 3 malam untuk mencari suspek.

Dp7
sumber: tribun

 

7 Mei 2019

Vera bekerja seperti biasa di supermarket. Tetapi pada waktu malam, rakannya perasan dia nampak gelisah.

Malam itu saya dengar telefon mangsa berbunyi lebih kurang 10 kali, terdengar mangsa mengangkat dan berkata, ‘tidak bisa, tidak bisa’. Tetapi telefonnya tetap berbunyi sampai dia pulang bekerja.”

Vera pulang pada jam 11.30 malam selepas habis waktu kerja. Tapi, satu jam kemudian keluarganya datang ke kedai dan bertanya tentang Vera sebab dia masih belum pulang.

Mangsa Bunuh
sumber: facebook

 

8 Mei 2019

Seorang lelaki dipercayai suspek, check in di sebuah bilik dekat Penginapan Sahabat Mulya di Kecamatan Sungai Lilin, Kabupaten Muba. Menurut saksi, ada dua orang lelaki dan seorang perempuan yang dipercayai adalah Vera.

Dp5
sumber: facebook

 

10 Mei 2019

Seorang petugas berasa curiga dengan bilik nombor 6 kerana berbau busuk. Malah, sehari sebelum pun dia dah rasa curiga tapi tak buat apa-apa. Keesokan harinya (10 Mei) baru dia hubungi pihak polis.

Saya curiga waktu saya bersihkan lantai, saya tercium bau busuk. Keesokan hari, bau busuk itu semakin kuat. Terus saya hubungi polis.”

Petugas tu cuba ketuk pintu bilik dan cuba untuk buka tapi tak ada respon dari dalam. Disebabkan itu, dia hubungi ibu bapa dia (pemilik rumah penginapan) dan bertanya tentang tetamu bilik tersebut. Difahamkan lelaki yang check in tu tak datang semula tapi bilik berkunci dan kunci ada padanya.

Selepas pihak polis datang, baru dibuka pintu bilik itu. Mayat seorang wanita ditemui di atas katil dalam keadaan bogel dengan tangan kanannya putus. Jenazah sudah membengkak dan ditutupi dengan selimut.”

Dp3

Dp2
sumber: facebook

 

11 Mei 2019

Jenazah Vera Oktaria dikebumikan di TPU Naga Swidak Palembang. Pihak polis memaklumkan suspek yang juga bekas kekasih mangsa itu ada kaitan dengan kes pembunuhan tersebut.

Dp4

Dp6
sumber: tribun

Sehingga kini, pihak polis masih belum berjaya menjejaki suspek dan tiada siapa yang tahu keberadaannya.

Baca: “Karena rasa cemburu terhadap pacar…” – Remaja 21 Tahun Bunuh Kekasih Sebab Ada Kawan Lelaki

Bunuh Gf Sendiri