in

“Saya nak tengok muka orang yang bunuh anak saya…” – Ibu Masih Belum Kuat Nak Tengok Berita Tentang Adib

Siapa Bunuh Adib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya nak tengok muka orang yang sanggup buat macam itu…sampai bunuh anak saya.”


Itulah luahan Asma Aziz, 51, ibu kepada Muhammad Adib, anggota bomba yang meninggal dunia lepas bertarung nyawa hampir sebulan kerana dibelasah kumpulan perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Mak Adib
sumber: malaysia gazette
Parents Adib
sumber: facebook

Kisah pemergian Muhammad Adib masih menjadi bualan ramai rakyat Malaysia dan Asma akui sebagai seorang ibu, dia mempunyai harapan yang sangat besar untuk melihat sendiri individu tidak bertanggungjawab tu diheret ke mahkamah. Kematian Adib harus mendapat pembelaaan sewajarnya dan pesalah harus dibawa ke muka pengadilan.

“Saya nak depa dibawa ke muka pengadilan. Apa yang dilakukan itu tidak boleh dimaafkan.”

Jenazah Adib
sumber: nst

Menurut Harian Metro, Asma juga berterima kasih dan hargai sikap prihatin rakyat Malaysia terutamanya di media sosial yang mahukan pemergian Adib dibela. Namun, sampai sekarang dia masih tidak mempunyai kekuatan untuk membaca atau tengok berita tentang anaknya.

“Rasa berterima kasihlah namun sampai sekarang saya tak boleh tengok berita mengenai Adib (di laman sosial)… saya tak sanggup lagi.”

Seperti yang diketahui ramai, arwah sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Sabtu ini, 22 Disember. Kata Asma, mereka sekeluarga masih belum buat keputusan sama ada nak ‘tukar’ majlis perkahwinan tu sebagai kenduri tahlil atau tidak kerana masih bersedih dengan peristiwa duka ini.

Adib Kebumi
sumber: berita harian

Kita yang tak kenal Adib secara peribadi pun terkesan dengan insiden ni, apatah lagi keluarga arwah. Moga mereka terus kuat…

Baca: “Bila manusia hilang timbang rasa, engkau pula yang menjadi mangsa” – Puisi Sedih Buat Arwah Adib

Puisi Untuk Adib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.