Siapa tak sedih kalau pernah ada hubungan istimewa dengan pasangan tapi perlu berpisah atas sebab-sebab tertentu. Lagi sedih bila berpisah secara baik tanpa rasa benci antara satu sama lain.
Kisah yang sama terjadi kepada seorang pengguna TikTok, @ucunini yang memuat naik video dia sedang menyambut hari jadinya di sebuah kedai makan.
https://www.tiktok.com/@ninizlni/video/7301651535065402626
Dalam video tersebut, sambutan ulang tahun itu dilihat sangat meriah dengan hiasan ringkas serta disambut oleh beberapa orang di kedai makan itu. Bukan itu sahaja, terdapat juga maskot kartun Mickey Mouse yang turut memeriahkan majlis itu.
“That guy was my ex..”
Namun begitu, wanita itu menulis kapsyen di video menyatakan dia baru tahu pemakai maskot Mickey Mouse tersebut merupakan bekas teman lelakinya.
I didn’t know that guy was my ex, he didn’t want to ruin my birthday after what he did to us a year ago. So he can in Mickey Mouse so I couldn’t recognize him.
Wanita ini berkata, bekas teman lelakinya tidak mahu suasana sambutan hari jadi itu berubah. Oleh itu, dia memakai maskot tersebut kerana mahu menyembunyikan diri.
Artikel berkaitan: “Yang penting effort!” – Netizen Terharu Suami Sambut ‘Birthday’ Isteri Hasil Jual Bateri Lori
Artikel berkaitan: Pak Nil Kongsi Video Sambutan ‘Birthday’, Kena Main ‘Game’ Cari Barang Tersembunyi Untuk Dapat Hadiah
Dia menangis dalam maskot
Wanita itu menambah, apabila dia dan bekas teman lelaki bertemu semula, dia baru mengetahui pemakai maskot Mickey Mouse itu adalah bekas teman lelakinya.
When we met again, he told me that he had cried while in the costume because he is happy that at least he could celebrate my birthday with me.
Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berkongsi rasa sedih selepas melihat situasi itu.
Min tengok video tu pun bergenang air mata..
Sumber: TikTok