in

“Dia memang sayang haiwan” – Belas Ihsan Pada Anjing Terbiar Bertukar Tragedi, Lelaki M*ut Akibat Rabies

Lelaki Maut Rabies Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden mengenai seorang lelaki di daerah Kubang Pasu, Kedah meninggal dunia akibat jangkitan rabies mengejutkan ramai kerana ia merupakan kes rabies manusia yang pertama dilaporkan di negeri berkenaan sejak tahun 1998.

Tragedi berlaku di Pasar Tani Kekal Changlun, Kedah, apabila Nik Muhamad Adha Nik Zulkifli, 31, yang singgah menghantar barang kepada isterinya yang berniaga di situ digigit anjing sebelum disahkan meninggal dunia akibat rabies.


Kasihan lihat anjing terbiar kelaparan

Menurut peniaga di pasar itu, Jamaliah Abdullah, ketika kejadian cuaca sedang hujan renyai sebelum seekor anjing terbiar memasuki kawasan pasar tani dan dipercayai dihalau oleh beberapa peniaga.

Melihat haiwan itu melarikan diri ke kawasan berhampiran, arwah yang dikenali sebagai seorang pencinta haiwan dikatakan membeli roti untuk diberi makan.

“Arwah ketika itu hendak kembali ke tempat kerja. Mungkin kerana kasihan melihat anjing itu, dia membeli roti dan memberikannya kepada haiwan berkenaan.

“Tidak lama kemudian, anjing itu menggigitnya di bahagian tangan. Arwah datang semula ke gerai isterinya dengan tangan berlumuran darah,” katanya.

Melihat kecederaan itu, Jamaliah menasihati arwah supaya segera mendapatkan rawatan di klinik.

Dia mengakui sangat terkesan dengan pemergian arwah kerana mengenalinya sebagai seorang yang baik hati dan memang menyayangi haiwan.

“Saya tidak sangka akhirnya dia meninggal dunia. Saya sangat sedih kerana arwah seorang yang baik dan memang sayang kepada haiwan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Halim Saidin, berkata sepanjang 40 tahun berniaga di pasar berkenaan, dia tidak pernah melihat anjing berkeliaran di kawasan itu.

D5Bd4A35 432D 42E9 9853 9Cc8D087Cc69

Artikel berkaitan: Sarawak Catat Korban Pertama Akibat Rabies Tahun Ini – Menteri Kesihatan

Artikel berkaitan: Doktor Veterinar Muslim Dipuji Kerana Sanggup Pegang Anjing Untuk Vaksinasi Rabies

Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah memaklumkan mangsa meninggal dunia akibat rabies selepas mempunyai sejarah digigit anjing terbiar pada Ogos lalu. Menurut JKN, mangsa ada mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan namun tidak menerima profilaksis pascapendedahan (PEP) rabies.

Pada 18 September, mangsa mula mengalami kelesuan, kelemahan dan kebas pada bahagian lengan kanan.

Keadaan menjadi semakin kritikal selepas empat hari apabila timbul simptom klinikal rabies seperti kesukaran menelan, takut kepada air (hidrofobia), takut kepada angin (aerofobia), gelisah serta perubahan tingkah laku.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.