in

“Macai HEP” – Kereta YDP Majlis Perwakilan Pelajar Diconteng dan Disimbah Cat

Hep Macai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang memegang jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar di universiti masing-masing, anda mesti pernah berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan pelajar dan hal ehwal universiti. Tidak cukup dengan itu, anda juga sering menjadi target kebencian pelajar yang tidak bersetuju dengan undang-undang universiti.

Baru-baru ini, sebuah kereta Perodua Myvi milik Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diconteng dan disimbah cat merah semalam (18 Disember) oleh pihak tidak bertanggungjawab, lapor MMO.


Disemburcat
sumber: facebook

Menurut Muhammad Luqman Ismail, 22, kereta berwarna putih tersebut telah diletakkan di Inapan Siswa UUM dan dia mula menyedari akan keadaan keretanya telah diconteng pada jam 9.30 pagi ketika hendak menghadiri kelas. Melihatkan apa yang berlaku, Muhammad Luqman telah menghubungi naib cancelor untuk memaklumkan kejadian berkenaan.

Kenderaan Perodua Myvi tersebut kelihatan jelas diconteng dengan perkataan ‘Macai HEP’  (Unit Hal Ehwal Pelajar) Seperti semua ketahui, HEP memikul tanggungjawab dalam mengelola isu berkaitan pelajar di universiti tersebut.

25353921 147508469304161 3245290875638773852 N
sumber: facebook
25446075 147508519304156 4552633395708346539 N
sumber: facebook

Setelah mendapat saranan pihak UUM, Muhammad Luqman kemudian telah membuat laporan polis pada jam 1 tengah hari di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu bersama beberapa pimpinan tertinggi universiti.

“Saya tidak menolak kemungkinan kejadian ini disebabkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu terhadap tugas yang saya jalankan sebagai YDP MPP UUM sejak September lalu,” ujar Muhammad Luqman, lapor Malaysian Digest.

Tambah Muhammad Luqman lagi, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan dia menganggap perkara ini sebagai cabaran yang harus ditempuh dalam memegang tanggungjawab sebagai Yang Dipertua MPP.

25550221 147508449304163 9055017203249045572 N
sumber: facebook

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, pihaknya tidak mahu membuat sebarang spekulasi berkaitan hal tersebut dan percaya bahawa pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya bagi pelaku yang bertanggungjawab.

“Mungkin ada pihak yang dengan sengaja cuba mewujudkan keadaan seperti itu, kita akan membantu pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan biar polis ambil tindakan dan dakwa mereka yang bersalah,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu telah mengesahkan laporan tersebut baru diterimanya dan kes sedang di dalam siasatan.

Nayalah kalau siapa yang buat perkara ini tertangkap. Boleh dikenakan tindakan buang universiti tau! Kalau marah sekalipun, berhati-hatilah dengan sebarang tindakan kita. Takut-takut menyesal di kemudian hari. 

Baca: Pelajar PhD Universiti Tempatan Ditangkap Rakam Video Aksi Lelaki Dalam Tandas

Phd U

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.