in

“Semoga semua selamat” – Menakutkan! Ribut Petir Landa Utara Malaysia

Rib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang masih ingat tak ribut petir yang melanda Perlis tahun lepas?


Kali ini bukan sahaja Perlis, malah di Langkawi dan Kedah.

Ribut petir dan angin kencang diikuti hujan lebat telah berlaku di beberapa tempat di sekitar utara Malaysia malam tadi.

Langkawi antara daerah terjejas teruk, melibatkan enam mukim iaitu Kedawang, Bohor, Padang Mat Sirat, Ayer Hangat, Kuah dan Ulu Melaka.

Ributtt
Sumber: sinar harian

Manakala di Kedah, beberapa lokasi sekitar Kota Setar, Kubang Pasu, Langkawi, Yan, Pendang, Padang Terap, Sik dan Kulim turut dilaporkan terjejas.

Ributt
Sumber: sinar harian

Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam mengakibatkan banyak rumah dihempap pokok dan serpihan bumbung turut ditiup ribut selain barangan gerai dan kenderaan juga musnah dilanda ribut.

Sementara itu, di Perlis, hujan lebat disertai angin kencang mula melanda Perlis kira-kira pukul 8.00 malam tadi.

Ribut
Sumber: sinar harian

Munurut laporan Sinar Harian, lebih menakutkan, ribut petir juga menyebabkan kabel elektrik melintang di tengah jalan raya selain berlakunya kemalangan kecil.

Hati-hati ye korang… biar barang melayang jangan sampai nyawa melayang.

Baca: “Ini disebabkan tarian anak Normah Damanhuri” – Bangi Dilanda Ribut, Netizen Salahkan Anak Normah Damanhuri Jadi Punca

Screen Shot 2019 08 10 At 8.18.40 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.