in

Dua Anggota MPV Minta Wang Rasuah Dicekup SPRM

^E7854832360F38C0D26355483099B3Df01E1C633Ac7B617Ee6^Pimgpsh Fullsize Distr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjadi anggota polis sememangnya memerlukan sikap yang amanah, bertanggungjawab dan paling penting, anti rasuah.


Semalam, dua anggota unit peronda polis (MPV) telah ditahan ketika sedang meminta rasuah kepada orang awam. Opss kantoi.

Kedua-dua anggota itu dikenal pasti dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, Kedah. Difahamkan ketika kejadian, mereka sedang meminta ‘duit kopi’ daripada seorang pengedar ketum di sempadan Kedah-Perlis.

Sempadan
gambar hiasan

Tidak sempat mendapat habuan, kedua-dua anggota yang berusia 30-an dan 50-an itu berjaya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Perlis.

^E7854832360F38C0D26355483099B3Df01E1C633Ac7B617Ee6^Pimgpsh Fullsize Distr

Menurut Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah, pengedar ketum itu turut mengakui pernah memberi rasuah sebelum ini.

Pengedar itu sebelum ini pernah ditahan dan memberi wang rasuah sebagai jaminan tidak mengambil tindakan ke atas kesalahannya.” katanya.

Bila negara nak bebas dadah, bebas rasuah?

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Agak-agaknya kenapa masalah pengedaran dadah dan rasuah masih berleluasa dalam negara kita?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.