in

“Dia lepas dulu pun sebab anak menteri…”

Page Nedim 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak pihak pembangkang menang PRU14 ni, macam-macam cerita yang selama ini disenyapkan, timbul satu persatu terutamanya kisah hitam yang melibatkan kaum kerabat menteri.


Baru-baru ni, seorang lelaki bernama Azmi Shafiq dedahkan sesuatu dekat Twitter yang mungkin tak diketahui ramai berkenaan Nedim, anak Dato’ Seri Mohamad Nazri dan juga suami kepada selebriti Nora Danish.

Nedim
sumber: instagram

 

Kena block lepas komen #JusticeForDarrenKang

Kalau korang ingat, Nedim pernah terpalit dengan kontroversi membunuh Darren Kang di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004. Oleh itu, Azmi meninggalkan komen di Instagram Nedim dengan #JusticeForDarrenKang sebelum  kena block.

1 2
sumber: twitter

 

Hidup bermewah di London

Tweet Azmi mendapat perhatian ramai dan seorang individu turut dedahkan yang Nedim melarikan diri dan tinggal di Kensington, London untuk beberapa tahun selepas insiden tersebut. Kata Azmi pula, Nedim hanya kembali ke tanah air selepas 2009 serta mengatakan ayahnya dan PM pada ketika itu berkawan baik.

Mereka membuat spekulasi kebarangkalian ada kaitan antara Nedim dan kematian Darren Kang yang juga dikatakan terlepas daripada disabit kesalahan kerana bapanya mempunyai hubungan baik dengan PM Malaysia pada masa tu.

2 2
sumber: twitter

 

Ini masa nak cari keadilan

Nampaknya ramai yang berharap agar ada keadilan dalam kes ini lagi-lagi dengan PM Malaysia yang baru. Walaupun ada pesalah yang dah disabit berkaitan dengan kes pembunuhan tersebut, nampaknya mereka masih menafikan dan mempercayai masih banyak cerita yang perlu dibongkarkan.

5 2
sumber: twitter
4 2
sumber: twitter

Apa-apa pun ini semua masih tiada kepastian dan hanyalah spekulasi semata-mata serta tak tahu apa kebenaran disebalik yang diperkatakan mereka ni.

Macam-macam yang didedahkan sejak PM Najib turun…

Baca: “Maaf. Saya ditekan untuk sokong pentadbiran Najib”

Tony 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.