in

“Maaf. Saya ditekan untuk sokong pentadbiran Najib”

Tony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq, pertahankan Tony Fernandes dengan memanggil beliau sebagai seorang hero. Hari ini, Tony Fernandes akhirnya buka mulut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada beliau selama diletakkan di bawah kerajaan Barisan Nasional.


Menurut FMT, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia itu mengakui bahawa beliau sentiasa menerima tekanan dan paksaan untuk menyokong pentadbiran bekas Perdana Menteri kita, Najib Razak.

Sebelum ini beliau ada mendapat arahan daripada bekas PM itu untuk memecat Rafidah Aziz sebagai Pengerusi AirAsia X dan telah membatalkan penerbangan tambahan dengan tambang yang rendah untuk pilihan raya umum baru-baru ini.

Tony Fernandez
sumber: fmt

Dalam sebuah video yang dimuat naik sendiri oleh Tony Fernandes di laman Facebooknya itu, beliau memohon maaf selepas menyokong BN, dengan mengecat semula pesawat AirAsia sebagai tanda berkempen.

Tony menjelaskan bahawa beliau hanya sebagai seorang ‘pekerja’ dalam industri dan dikawal ketat oleh kerajaan, serta hampir semua perkara perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Tak mudah sebenarnya menjalankan syarikat penerbangan, dan perlu sentiasa menyokong kerajaan tanpa boleh tindas apa-apa pun.”

Sebelum ini, beliau turut dipaksa untuk membuang bekas Menteri Perdagangan, Rafidah hanya kerana komen wanita itu bercanggah dengan pemerintahan kerajaan.

Tekanan makin kuat apabila kerajaan semakin desak saya untuk memberhentikan Rafidah, sedangkan dia langsung tak tahu tentang perkara itu.”

Image 4
sumber: utusan

Bukan itu sahaja, Fernandes turut mengalami tekanan selepas AirAsia menggunakan 120 penerbangan tambahan untuk bawa pulang 26,000 pulang ke halaman masing-masing untuk mengundi.

Saya turunkan harga tiket dengan hanya RM99 untuk penerbangan di semenanjung Malaysia, dan RM129 untuk penerbangan ke Malaysia Timur.”

Tetapi dalam masa 24 jam sahaja, AirAsia dipanggil oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia untuk membatalkan penerbangan-penerbangan tersebut.

Saya kesal dengan apa yang saya buat selama ini, dan saya minta maaf. Saya totally ‘di bawah’ kerajaan BN ketika itu.”

Tonton video penjelasan dan permohonan maaf Tony:

https://www.facebook.com/tonyfernandes/videos/1323162101116958/

 

Tak sangka….

Baca: “Tolong Malaysia, jangan label dia pengkhianat”

Capture 12

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.