in

“Dia kumpul dari bulan puasa…” – Lelaki Bagi Tiket Bola Free Dekat Pelajar Asrama Sebab Duit Dikumpul Lesap Kena Curi

Tiketaff9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang kesian dengan nasib-nasib mereka yang tak dapat beli tiket piala AFF tu, mungkin ada yang menaruh harapan tinggi nak rasai semangat di dalam stadium, mungkin juga nak beli untuk dijadikan hadiah kepada seseorang.


Tapi terbatas sebab ada kroni-kroni ulat tiket yang membuatkan jumlah jadi terhad dan memusnahkan harapan untuk orang-orang macam ni.

Mujurlah ada insan yang berhati mulia bantu individu ni ‘pujuk’ kesedihan adiknya. Hmm, buat baik pasti akan dibalas baik.

 

Kalau ada rezeki aku layan dekat Hanoi je lah.

Ceritanya begini, ada salah seorang pengguna Twitter ni nak berikan tiketnya secara percuma. Salah seorang individu ni pun reply nak dapatkan, katanya dia nak untuk berikan kepada adiknya yang tengah bersedih.

Admin baca pun kesian, kumpul duit dari bulan puasa hasil jual makanan dan ambil upah gosok baju kawan kena curi.

Tiketaff Tiketaff2

Mungkin bukan rezeki dia, muncul lah seorang Hamba Allah, Hermy Rahim ni offer tiket yang dia ada nak berikan secara percuma kepada individu tersebut.

Betullah apa yang selalu dikatakan, rezeki yang kita ada tu sebenarnya bukan 100% kita punya kenalah agihkan sikit pada orang. 

Memandangkan dia dah selalu sangat masuk perlawanan final di stadium, dia berhajat nak bagi individu dengan adiknya tu ‘merasa’ suasana gempita dalam arena tersebut.

“Kalau ada rezeki aku layan final dekat Hanoi je lah. Mungkin final di Bukit Jalil untuk adik ni. Moga Malaysia bagi good result untuk kita semua. Amin.” 

 

“Kalau bersungguh nak, suruh dia ambil je tiket aku”

Tiketaff4
Sumber : twitter

Tiketaff3

 

Siapa lah yang tak suka kan bila dapat hadiah daripada insan yang mula macam Hermy Rahim ni, netizen memang cukup kagum dengan kebaikan dia membantu orang yang lebih memerlukan berbanding dirinya. Salute bosskur!

Percaya pada rezeki, tanpa diduga ada insan lain nak ‘gantikan’ tiket yang dia dah bagi kat dua beradik tu,

 

Jangan penat percaya pada rezeki yang dah ditentukan”

Tiketaff8
Sumber : twitter

Tiketaff5 Tiketaff6 Tiketaff7

“Sekali buat baik dengan orang ni beribu kebaikan ye tuhan balas. Betul lah, jangan penat percaya pada rezeki yang dah ditentukan. InshaAllah jumpa esok di Bukit Jalil. MATCHDAYYYY”

 

Baca : “Bagi kroni kau tiket macam tu je” – Pemuda Kecam Syed Saddiq Dedah Ulat Tiket Dari ‘Orang Dalam

Kroniulattiket2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.