“Bagi kroni kau tiket macam tu je” – Pemuda Kecam Syed Saddiq Dedah Ulat Tiket Dari ‘Orang Dalam’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ramai rakyat Malaysia bengang apabila semua tiket Final 1 Piala Suzuki AFF 2018 habis dengan cepat. Antara spekulasi yang dibangkitkan oleh netizen adalah berkenaan dengan ‘ulat tiket’.

Mana taknya, orang dah beratur panjang-panjang, tunggu dari semalam semata-mata nak berebut tiket, tapi hasilnya hanyalah sia-sia saja. Pasti ramai yang syak ada ‘sesuatu’ ni.

Terbaru, salah seorang pengguna Twitter mendedahkan video dan perbualan dari Whatsapp daripada ulat tiket dan menzahirkan rasa bengang kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku Menteri Belia dan Sukan yang menganggap beliau seolah-olah lepas tangan dalam isu ini.

 

Sistem penjualan sangat sampah…no respect untuk kau anymore”

Selain mendedahkan video, pemilik Twitter yang bernama Aidel Aizzat juga ada mendedahkan perbualan Whatsapp daripada satu group. Berdasarkan perbualan, difahamkan ada quota untuk ‘orang dalam’ dapat tiket perlawanan itu.

 

Staff diaorang pun ada quota”

“Hi YB tak buat kerja kea? Sibuk main game jeaa? Ini apa cerita pula nie siap keluar resit bagai. Kau ingat yang beratur nie apa? Ayam ayam? Nak aku bongkarkan lagi kea”

Bukan itu saja, salah seorang bekas pegawai Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ada mesej pemuda ni mendedahkan cara bagaimana tiket diagihkan kepada kroni-kroni orang dalam ini.

 

Pernah dapat dari bos lebih 100 tiket..diaorang akan bagi pada pihak atasan dulu seperti Dato’ Seri akan dapat 100 macam tu”

Sumber : Twitter

“Hi YB Hi bekas pegawai dah dm saya berterus terang tentang hal nie, lagi nak diam kea? Tolong yang lain tag sesiapa yang berkenaan.”

 

Baca : Bergaduh, Baling Botol & Ada Yang Pengsan, Ini ‘Footage’ Kekecohan Stadium Tadi

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.