in

“Dia kan bukan Muslim, habis drama Melayu tu?” – Kecoh Tentang Adegan Berahi Henry Golding Cium Mulut Lelaki Dalam Filem Terbaru

Henry Comolot

Nama Henry Golding kini semakin dikenali di peringkat antarabangsa dan sudah semestinya ramai netizen berbangga dengan anak kelahiran Malaysia ini.

Selain filem Crazy Rich Asian, Henry Golding juga telah membuktikan bakatnya dengan membawa watak lain melalui beberapa filem Hollywood yang lain termasuklah A Simple Favor di mana dia digandingkan dengan pelakon terkenal Blake Lively dan Anna Kendrick.

Henry1

Namun, pelakon berusia 33 tahun mendapat perhatian ramai penonton di Malaysia apabila dia tampil berani untuk melakonkan watak lelaki homoseksual.

 

Adegan berahi dalam filem Monsoon

Filem terbaru lakonan Henry bertajuk Monsoon  baru ditayangkan 25 September lepas di UK dan netizen di Malaysia yang telah menonton trailer filem tersebut rata-ratanya terkejut melihat adegan berahi di dalam berkenaan.

Melalui filem itu, Henry dilihat melakonkan babak mencium mulut bersama kaum sejenis iaitu dengan dua orang pelakon lelaki lain, salah seorang adalah Parker Sawyers.

Cium

 

Rasa kekok tapi hormat…

Mengulas lanjut, Henry akui pada mulanya dia berasa kekok untuk bawa watak lelaki homoseksual, lapor sebuah portal. Dia yang mempunyai pengalaman sebagai seorang penggaya rambut dan pernah bergaul dengan golongan sebegitu akui menghormati pendirian setiap individu

Saya pernah menjadi penggaya rambut, jadi persekitaran bersama lelaki homoseksual tidak kekok bagi saya. Saya faham dan menghormati mereka.”

 

Netizen terkejut?

Menurut sebuah blog, netizen Malaysia terkejut menonton adegan bercumbu dengan kaum sejenis dilakonkan oleh Henry. Mungkin kerana rakyat Malaysia tidak bersetuju dengan adegan sebegitu dalam industri perfileman Malaysia, jadi babak tersebut mula mendapat kritikan.

Henry3

Namun, melalui Twitter ramai yang berkata ia bukanlah sesuatu yang patut ‘dibawangkan’ kerana Henry sendiri bukanlah seorang yang beragama Islam. Apatah lagi ia adalah filem Hollywood.

Tidak ketinggalan, ada yang turut berpendapat drama dan filem Melayu juga mengandungi adegan atau jalan cerita yang tidak bersesuaian.

Terkejut

Baca: “Saya bukan Islam” – Peluk Han Byul Semasa Konsert Akhir Big Stage, Neeta Manisha Kena Bash Dengan Netizen?

Peluk Peluk

Sumber: Twitter