“Saya bukan Islam” – Peluk Han Byul Semasa Konsert Akhir Big Stage, Neeta Manisha Kena Bash Dengan Netizen?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Umum rasanya kini semua dah tahu yang Han Byul, boyband dari Korea telah diangkat menjadi juara bagi Konsert Akhir Big Stage musim kedua pada Ahad lepas. Namun disebalik kegembiraan ramai, ada pulak cerita yang tak sedap didengar mengenai juara dan naib juara rancangan ni.

Menerusi komen netizen di Twitter, dengarnya ada yang tak puas hati Han Byul secara spontan berpelukan atas pentas dengan Neeta Manisha selepas keputusan diumumkan. Eh dorang peluk-peluk ke??

Sumber: Blog

 

“Aku tunggu je ni orang kecam Han Byul peluk Neeta” 

Rata-rata netizen yang melihat aksi Han Byul dan Neeta berpelukan di pentas Big Stage telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana aksi tu dianggap tak sopan dan tak sesuai dipertontonkan kepada umum. 

Malah ada juga ‘haters’ Han Byul siap berharap yang penyanyi dari Korea tu dapat kecaman kaw-kaw dari netizen sebab tindakan spontannya yang keterlaluan tu. Aiyo…

Sumber: Twitter

 

“Mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim” – Neeta 

Pun begitu, Neeta, 25 yang enggan perkara ni jadi perbualan dan gosip ramai menjelaskan yang dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka pun memang rapat sejak dari awal pertandingan lagi. Oh… mati-mati ingat Neeta ni Melayu! 

View this post on Instagram

Saya spam bnyk lagi, ni baru first of the spams. Okay here goes. The pass 8 weeks has been a roller coaster, but I'm so grateful for every second. Sebab masa mula2 nak masuk #bigstage2019 I doubted myself sbb tgok la the line up pun semua adik2 abang kakak yang hebat nak mampuih, tapi syukur saya dpt ke Final and dpt 2nd place pulak tu😭😭😭 but other than knowing the awesome peserta #friendsforlife, saya dpt jugak tau mcm mana susahnya nak buat show live ni, thank you kepada production team, crew yang bertungkus-lumus buat kami semua look n sound the best, if only I can mention all of u❤️ and also to team musician lead by @chaan0709, sumpah terbaik, apa yang neeta request semua depa buat tau huhu and also kepada team belakang tabir, team props, team sound, team lighting semualah!!!! Nanti I upload gmbar hampa semua, hihi! But the biggest reason I smpai ke Final and my performance improve every week sebab kan team cikgu @cikgushafi n cikgu @hanafirosdi_hr, depa dua ni special dlm perjalanan bigstage, cikgu shafi ajar mcm2 tips menyanyi, dia passkan ilmu dia dkt neeta, ilmu itu priceless jadi cikgu ni mmg priceless dlm hidup neeta :') cikgu napi n team pulak ajar movement on stage and made sure my expression n movement semua sesuaii with lagu, without compromising my vocal performance. Thank you sgt2 and will definitely miss semua orang! Stay tuned for the next post haha saya sambung, bnyk lagi ni! But whatever pun congrats kepada semua 💜💜💜💜

A post shared by neeeeeeeeeeets. (@neetamanis) on

“Saya ingin jelaskan… kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak kata salah atau betul. 

“Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pulak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. 8 minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat. 

“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton,” kata Neeta kepada mStar.

Apa-apapun min harap netizen lepas ni janganlah cepat melatah bila nampak kejadian macam ni berlaku. Semoga Neeta terus sukses ye! 

Baca: “Kenapa ko tak puas hati?” – Wanita Dikecam Netizen Sebab ‘Bitter’ Tengok Tokti Bagi Komen Han Byul Dalam BM

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!