“Dia faham saya, tak minta saya sentuh dia pun” – Netizen Terinspirasi Kisah Umie Aida Bela Anjing Jalanan Bernama ‘Blackie’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dia faham saya, tak minta saya sentuh dia pun” – Netizen Terinspirasi Kisah Umie Aida Bela Anjing Jalanan Bernama ‘Blackie’

Bila bercakap tentang menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, ia tidak menjadi masalah bagi mereka yang bukan beragama Islam.

Namun bagi seorang muslim, kemungkinan besar anda akan dipandang serong masyarakat jika membela haiwan tersebut kerana ada beberapa hukum dalam Islam untuk membela dan menyentuh seekor anjing yang perlu diikuti. Tak memasal kang kena samak weh! 


Pun begitu, menerusi perkongsian Instagram My Forever Doggo baru-baru ini, pelakon terkenal, Datin Seri Umie Aida berkongsi kisahnya membela seekor anjing jalanan bernama Blackie. 

Umie 4Sumber: Instagram
Umie Aida bersama Blackie

Sudah bela anjing sejak 5 tahun dulu 

Menurut Umie Aida, dia sebenarnya sudah lima tahun membela anjing jalanan tersebut semenjak dia berpindah ke tempat tinggalnya kini.

Semuanya bermula apabila dia terlihat beberapa ekor anjing sedang minum air di longkang. Daripada situ hatinya tersentuh dan mula memberi anjing-anjing tersebut air di dalam bekas.

Umie 2Sumber: Instagram

Namun tidak lama selepas itu, DBKL datang untuk menangkap anjing-anjing tersebut tapi Blackie seorang saja yang terlepas dan dijaga Umie sehingga kini.

Dia sangat special. Dia hormat saya, dia tak datang dekat dengan saya pun seperti dia memahami saya (sebagai seorang muslim). 

“Dia tak suruh saya pegang dia, dia juga tidak berak dan kencing di kawasan rumah saya. Dia pergi ke dalam hutan,” kata Umie lagi.

Umie ajar anak untuk sayang binatang

Tambah Umie Aida lagi, dia selalu mengajar anak-anaknya itu menyayangi binatang dan menjadikan dirinya contoh supaya anak-anak terus suka dan sayang akan haiwan tersebut.

“Hidup kita sekarang sangat stress dengan COVID dan ekonomi dan lain-lain. Kita tak boleh paksa orang untuk sayang anjing atau kucing atau burung, tapi kita menghargai ia ciptaan Tuhan dalam alam dunia ini. 

“Jangan seksa binatang. Hormat ruang mereka dan mereka pun akan hormat kita,” katanya lagi.

Perkongsian video tersebut mendapat komen positif netizen terhadap Umie yang menghargai haiwan terbiar seperti anjing jalanan tersebut.

DogSumber: Instagram

Jangan seksa binatang. Tak kiralah anjing ke kucing ke. Mereka semua makhluk ciptaan Allah. 

Baca: “Sian dengar anjing tu merintih” – [Video] Lelaki Dipercayai Tembak Anjing Liar Depan Rumah Undang Perbalahan Netizen

Tembak

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dia faham saya, tak minta saya sentuh dia pun” – Netizen Terinspirasi Kisah Umie Aida Bela Anjing Jalanan Bernama ‘Blackie’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dia-faham-saya-tak-minta-saya-sentuh-dia-pun-netizen-terinspirasi-kisah-umie-aida-bela-anjing-jalanan-bernama-blackie/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM