in

“Sian dengar anjing tu merintih”- [Video] Lelaki Dipercayai Tembak Anjing Liar Depan Rumah Undang Perbalahan Netizen

Anjing11

Malam semalam, viral satu video di Twitter apabila seorang lelaki yang dikatakan menembak anjing liar yang ada di kediaman mereka sekeluarga. Video itu telah meraih hampir 4.5K jumlah retweets sepanjang 15 jam ia dikongsikan.

 

Harap dia ini ditangkap dengan segera”

Dalam video yang berdurasi 19 saat itu, dilihat si tuan rumah mengacukan senapang di satu arah gelap, selepas satu tembakan dilepaskan, kedengaran bunyi anjing ‘meraung’ kesakitan.

Ada segelintir netizen melabelkan tindakan itu begitu kejam dan berharap harga pelaku ini segera diambil tindakan.

 

Tak dengar ke anjing tu merintih sakit – Netizen

Anjing Anjing2 Anjing3 Anjing4

Pun begitu, ada yang faham dan backup tindakan pakcik tersebut kerana mungkin ramai tak faham situasi yang dialami oleh pakcik ini.

Ada beberapa netizen kongsikan bahawa kadang kala haiwan-haiwan liar di kampung ini telah merosakkan dan mengancam nyawa ternakan mereka.

 

“Orang tak duduk kampung mungkin tak faham, anjing liar boleh bunuh ternakan, rosakkan tanaman”

Anjing5 Anjing6 Anjing7

Pun begitu, sebegai pencinta haiwan, Persatuan Haiwan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pakcik ini.

Lapor Harian Metro, pihak mereka menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sahih berkaitan pakcik ini.

 

Baca : Anjing Jalanan Ditembak Mati, Pesalah Larikan Diri Sebelum Kantoi

Anjingjalanan