in

“Dia dah seminggu tak hubungi saya” – Lelaki Bakar Ex Sebab Cemburu Wanita Tersebut Dah Ada Pengganti

Asid2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak boleh terima hakikat apabila pasangan minta putus setelah menjalinkan hubungan selama 5 ke 6 tahun, seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya.


Suspek Herald Gomoz MT Hasibuan membakar kekasihnya Hovonly Simbolon sampai meninggal dunia pada November tahun lepas.

Baru-baru ini, ketika Herald dihadapkan ke mahkamah, dia menjelaskan bahawa dirinya cemburu dengan bekas kekasihnya.

 

Nak bunuh diri depan mangsa sebab tak contact seminggu

Herald Dan Hovonly

Pasangan dari Medan, Indonesia ini sudah menjalinkan hubungan 5 ke 6 tahun . Saat hakim cuba bertanyakan yang mereka ada merancang untuk mendirikan rumahtangga ataupun tidak, Herald menjawab mangsa mahu mencari pekerjaan dahulu sebab mangsa masih belajar.

Malah, insiden itu kononnya tercetus apabila Herald cuba nak bunuh diri sebab mereka macam dah tak sehaluan dan dapat tahu yang mangsa dah ada hubungan dengan lelaki lain.

Katanya dia dah seminggu merancang nak bunuh diri di depan mata mangsa kerana dah lost contact dengan Herald sepanjang tempoh tempoh tersebut (seminggu).

Kononnya dia tak boleh hidup tanpa mangsa,

“Jadi waktu mau bakar itu saya bilang lebih baik saya tidak ada daripada enggak sama kamu”

Kemudian, Hakim bertanya kenapa Herald yang nak bunuh diri tapi Hovonly(mangsa) yang mati, Herald menjawab,

“Jadi dia datang mau ambil botol saya. Saya merasa bersalah Yang Mulia” 

Bagaimanapun pihak Hakim curiga dengan jawapan yang diberikan kerana kesan kebakaran di badan mangsa lebih teruk daripada suspek ni.

Ketika dalam perbicaraan, leher Herald dibalut dengan kain putih dan mukanya juga ada kesan kebakaran di bahagian pipi.

 

Bakar diri sama-sama sebab cemburu buta

Hovonly Simbolon Alias Ivo 27 Mahasiswi

Susulan itu, saksi yang merupakan jiran mangsa dapat melihat kejadian itu di depan mata. Pada 12 November 2018, suspek datang ke rumah sewa mangsa sambil membawa minyak petrol.

Pada masa itu, Hovonly tidak membenarkan Herald masuk. Hovonly cuba menghubungi rakannya Kevin untuk minta bantuan.

Bila dah sampai, Kevin dapat lihat yang Herald berada di hadapan bilik mangsa sebelum pintu dipecah masuk, Kevin terpaksa meminta pertolongan housemate mangsa sebab pintu utama rumah dah dikunci dari dalam oleh suspek.

Mangsa cuba melarikan diri tapi di tarik oleh suspek supaya duduk dalam bilik mangsa. Setelah Kevin berjaya masuk ke rumah mangsa, dia terdengar mangsa menjerit mengatakan yang suspek ni ada bawa minyak petrol.

Ketika Kevin nak masuk bilik mangsa, pintu dihadang oleh badan suspek. Kevin terpaksa tendang pintu tersebut.

Semasa pintu dibuka saksi melihat mangsa terduduk di atas lantai sambil menangis dan Kevin terpaksa mengapit leher suspek dari belakang.

Pada waktu itu mangsa dan suspek dilihat sudah basah kuyup disimbah minyak petrol. Tiba-tiba suspek berbalik badan berhadpaan dengan Kevin dan melihat ada mancis di tangannya dan suspek terus hidupkan mancis tersebut sehingga menyebabkan tubuhnya terbakar dan menyambar ke tubuh mangsa.

Pada masa itu, Kevin terus menarik mangsa yang sedang terbakar ke luar rumah walaupun api di sekeliling tubuh mangsa sedang marak. Hal ini telah menyebabkan tangan Kevin turut mengalami luka kebakaran.

Kevin bawa mangsa ke luar rumah kerana cuaca pada masa tersebut sedang hujan sebelum dibawa ke rumah jiran.

Lapor Tribun, mereka semua mendapatkan rawatan, mangsa sangat kritikal kerana melecur teruk dan meninggal dunia selepas sebulan menjalani rawatan. Suspek dikatakan cemburu buta terhadap mangsa setelah mereka putus.

 

Baca : Kisah Cinta Tragis: Isteri Sanggup Curah Asid Ke Muka Kekasih, Demi Ubah Wajah Jadi Muka Suami Yang Dibunuh!

Asid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.