in

Kisah Cinta Tragis: Isteri Sanggup Curah Asid Ke Muka Kekasih, Demi Ubah Wajah Jadi Muka Suami Yang Dibunuh!

3 Segi

Dalam banyak-banyak kisah pembunuhan dan juga unsolved mystery yang admin pernah baca, yang inilah yang paling membelit minda. Sekali baca macam kisah filem hindustan pulak!

Ia melibatkan kisah cinta tiga segi yang tragis pada tahun 2017 dari India mengenai pasangan suami isteri, Sudhakar Reddy dan Swathi serta kekasih Swathi bernama Rajesh yang dikatakan telah menyamar menjadi suami Swathi dengan cara yang PALING LICIK!

Jom baca kisah yang dikongsikan Jack Lester di Facebook ini. 

 

Isteri sanggup bunuh suami kerana ingin bersama kekasih gelap

Perkahwinan yang tak bahagia selalu jadi punca kan? Kes ini bermula apabila Swathi yang sudah berkahwin dengan Sudhakar Reddy mempunyai kekasih gelap yang bernama Rajesh.

St 20171216 Fdmuttonxx 3631598
Sudhakar dan swathi | sumber: blog

Demi untuk bersama dengan kekasih gelapnya, Swathi dan Rajesh membuat satu rancangan. Pada 27 November 2017, Swathi bersama Rajesh telah menyuntik ubat pelali kepada Sudhakar.

Selepas Sudhakar tak sedarkan diri, mereka terus pukul lelaki itu dengan besi sampai mati! Mayat Sudhakar dibawa ke dalam hutan untuk dibakar.

 

Swathi reka cerita konon muka suami telah dibakar dengan petrol tapi…

Untuk menjalankan rancangan mereka, Swathi kemudian mereka-reka cerita kononnya rumah pasangan suami isteri tu telah diceroboh masuk oleh 4 orang lelaki bertopeng. Penceroboh tu pulak telah menyimbah muka suaminya dengan petrol dan membakarnya.

Mendapat inspirasi daripada filem Telugu bertajuk Yevadu, Swathi kemudian menyimbah pulak muka si Rajesh dengan asid. Rajesh kemudian dengan ‘bijaknya’ berlakon sebagai ‘Sudhakar’.

St 20171216 Ngmurder16 3631535
Wajah rajesh sebelum disimbah asid | sumber: blog
St 20171216 Fdmutton 3631597
Wajah rajesh selepas kena asid | sumber: blog

Malah mereka berdua jugak siap ada perancangan lagi supaya si Rajesh ni buat pembedahan plastik! Hamboii! 

 

Keluarga Sudhakar curiga hanya kerana SUP KAMBING?

Semasa berada di hospital, keluarga Sudhakar dah mula rasa curiga dengan tindak tanduk si ‘penyamar’ ni. ‘Sudhakar’ tiba-tiba pulak tak mahu makan sup kambing sedangkan sup tersebut merupakan makanan kegemarannya.

Lepas mereka dapat tahu ‘Sudhakar’ penipu ni rupanya seorang vegetarian, keluarga mangsa akhirnya membuat laporan polis. Siasatan pun dibuat dan berdasarkan pemeriksaan cap jari, identiti Rajesh terbongkar!

Rejaesh Reddy
Wajah rajesh semakin sembuh | sumber: blog

 

Rupanya tak bahagia dalam perkahwinan jadi punca… 

Pada 10 Disember 2017, Swathi ditahan atas pertuduhan membunuh suami sendiri. Dia juga sempat mengaku bahawa dia tidak gembira dengan alam perkahwinan yan dikecapi bersama Sudhakar. Mayat Sudhakar di dalam hutan juga telah ditemui.

Telangana
Hanya tinggal kenangan… sudhakar & swathi | sumber: blog

Manakala si ‘penyamar’ Rajesh pula telah ditahan pada 14 Disember 2017 sejurus lepas dia dibenarkan keluar dari hospital.

Haihlah ‘geliga’ sungguh otak dorang ni ye. Boleh pulak tiru kisah filem Telegu!

Baca: Lelaki Kantoi Upah Hitman Dari Dark Web Untuk Bunuh BF Baru Perempuan Simpanan Dari M’sia Sebab Jealous

Pi