in

“Dia belasah pakai cota” – Lelaki Suap Mulut Bayi Dengan Heroin Kelas A Sebab Bengang Ex Dah Ada Partner Baru

Belasah

Bayi perempuan yang sepatutnya menjadi penawar bagi seorang ayah dikala penat dan tertekan, tetapi lain pula dengan bapa durjana ini yang tergamak suap mulut anaknya dengan heroin sebagai tempat melepaskan amarah terhadap bekas kekasih.

Bayi perempuan malang itu dijadikan umpan untuk Roger Weir, 52 menyerang bekas kekasihnya dengan pisau potong daging.

 

Bengang ex partner dah ada ‘orang’ baru

1 Pay Roger Weir Jailed For 18 Years
Sumber : mirror online

Weir telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba membunuh bekas kekasihnya Gillioan Backmore.

Kejadian pada 7 May, 2012 ini berlaku di sebuah pansapuri di Eastleigh,England, selain pisau, Weir juga menggunakan senapang suar.

Blacmore dipukul menggunakan cota dan diserang oleh lelaki tersebut dengan pisau pemotong daging. Bagaimanapun, wanita itu berjaya meloloskan dirinya dengan membunyikan alarm di rumahnya.

Ketika polis tiba di lokasi kejadian, pihak polis mendapati badan Blackmore dipenuhi dengan darah. Ketika disiasat, Weir menjelaskan yang dia bengang Blackmore ada pasangan baru selepas mereka putus hubungan.

Lapor Mirror Online, ketika dalam perbicaraan, Weir mengaku dia ada inject dadah heroin kelas A ke dalam mulut bayi perempuannya  yang berusia 20 bulan itu dengan menggunakan picagari untuk pastikan yang wanita itu datang kepadanya.

Namun, dia menjelaskan yang dia tak ada niat pun nak bunuh bayi malang itu.

Bagaimanapun, mujurlah bayi itu mengeluarkan balik sebahagian besar dadah yang dimasukkan itu dan bayi itu dikatakan selamat.

Namun begitu, ketika dalam tahanan, Weir telah meninggal dunia 12 hari selepas dia dipenjarakan ketika menjalani terapi. Ketika pemeriksaan post mortem dijalankan, ahli patologi mendapati bahawa Weir meninggal dunia akibat kanser hati.

 

Baca : “Kau tepuk jelah bagi tido!” – Ibu Sapu Dadah Seminggu Sekali Pada Gusi Bayi Untuk Bagi Tidur Tapi…

Dadah