in

“Kau tepuk jelah bagi tido!” – Ibu Sapu Dadah Seminggu Sekali Pada Gusi Bayi Untuk Bagi Tidur Tapi…

Comp 1568828985

Nama pun budak kecil, ada masanya dorang akan meragam, susah nak tidur, tantrum sampai parents pun ada masa bersengkang mata nak jaga anak. Tapi, tak ada terlintas pun dalam fikiran dorang untuk bagi dadah atau letak apa-apa dalam minuman untuk bagi dorang tidur kan?

Bagi ibu ni lain pula, menurut MetroUK, Kimberly Nelligen dikatakan telah memberikan dadah kepada bayinya, Jordy yang berusia 1 tahun sekurang-kurangnya 15 kali sebelum bayi ni meninggal pada Oktober tahun lalu.

Bayi perempuan ni ditemui mati di rumahnya di Maine, US oleh pasukan perubatan selepas mereka menerima panggilan kecemasan. Namun, hanya pada Isnin lalu, Kimberly ditahan kerana disyaki terlibat dengan kematian anak perempuannya ini.

Koroner mengesahkan yang dalam sistem Jordy terdapat fentanyl opioid sintetik, ubat tahan sakit yang sering dicampurkan dengan dadah jenis heroin.

1 6382
Sumber: metrouk

Laporan mereka mendapati yang Jordy telah mencerna dadah tersebut dan mengatakan ia mungkin boleh berlaku jika dadah tersebut disapukan ke bahagian dalam mulutnya.

Dilaporkan, ibu ini mengaku gunakan heroin sekurang-kurangnya seminggu sekali ke atas anaknya beberapa bulan sebelum bayinya ini mati.

Bapa kepada Jordy memberitahu polis yang dia melihat Kimberly menyapu heroin pada gusi anaknya sekurang-kurangnya 15 kali.

Lelaki ini juga turut memberitahu yang Kimberly memberikan alasan yang dia lakukan benda yang sama pada anaknya yang lain untuk buat dorang tidur.

Takkanlah saya nak sakitkan anak kita.”

Kalau korang nak tahu, sebelum ibu ni kena tangkap, lapan bulan lepas kematian Jordy, Kimberly siap upload gambar dadah yang dia ada di Facebook dengan kapsyen “Yay buddy”.

7 4316
Sumber: metrouk

Kimberly didakwa atas kesalahan membahayakan kanak-kanak dan juga akan dihukum kerana memiliki dadah kurang merbahaya seperti marijuana dan ubat-ubatan.

Apa punya mak ni?

 

Baca: “High sampai jadi bodoh” – Wanita Suntik Bayi Sendiri Dengan Dadah Sampai Mati Sebelum Sumbat Mayat Dalam Freezer

Screenshot 2019 09 19 At 4.21.48 Pm