Pelakon yang membintangi filem 30 Hari Mencari Cinta, Revaldo Fefaldi ditahan oleh pihak berkuasa selepas memiliki 3 paket dadah jenis syabu.
Dia ditangkap di sebuah apartment yang terletak di Banten, Indonesia selepas mendapat maklumat daripada orang awam yang membuat aduan bahawa ada transaksi dadah berlaku di kawasan tersebut.
Artikel berkaitan : Kes Penggunaan Dadah Semakin Meningkat, Menteri Dalam Negeri Beri Amaran Situasi Perlu Perhatian Serius
Artikel berkaitan : Pelakon Drama Kepolisan Terkenal, Tisha Shamsir Mengaku Tidak Bersalah Ambil 3 Jenis D*dah
Menurut sumber, pelakon tersebut pernah dipenjarakan selama 2 kali dan kali terakhir dia dipenjara selama 7 tahun. Hasil siasatan mendapati bahawa pihak berkuasa menemui barang bukti yang berupa 3 plastik klip bekas pakai syabu, 3 bong dan 2 pemetik api yang telah diubah suai, setengah butir alprazolam dan setengah butir Xanax.

Sebelum ini, Revaldo Fefaldi ditangkap pertama kali kerana dadah pada tahun 2006 dan dipenjarakan selama 2 tahun, namun tidak lama selepas itu, dia ditangkap lagi pada tahun 2010 sebelum sekali lagi dipenjarakan selama 7 tahun.
Selepas dibebaskan, dia ditangkap buat kali ketiga kerana kes sama pada tahun 2023. Selepas ditangkap berulang kali atas kesalahannya, Revaldo pernah membuat pemrohonan maaf dan meluahkan rasa kesal.

Dia akui bahawa kembali ketagih selain daripda memiliki masalah kesihatan mental.
“Saya adalah penagih dadah yang pernah baik dan kembali menagih. Saya juga penagih dadah yang mempunyai masalah mental. Maaf saya cuma mahu sembuh.”
Sumber : Gempak
