in

“Dia asyik cakap pasal duit”

Page 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Dia asyik cakap pasal duit"
Loading
/

Sekarang ini semua benda kena guna duit. Even charge untuk masuk toilet pun dah makin tinggi. KANNN! Tapi jangan lah sebab duit, sampai tergadai nyawa orang lain.


Seperti baru-baru ni tular pulak berita tentang seorang mangsa yang masih tak sedarkan diri diminta ganti rugi. WHUUUTTT? Terdapat beberapa keping gambar dan satu video pendek yang tular di media sosial. Difahamkan lelaki yang bawa motor ni dah terlanggar belakang sebuah kereta menyebabkan belakang kereta tu kemek dan cermin retak dengan agak teruk.

31935889 2142461885983996 5988380103749402624 N
sumber: facebook

Penunggang motor tak sedarkan diri

Daripada video itu jugak kita sendiri boleh nampak lelaki yang bawa motor tu terbaring atas jalan raya dan ada beberapa orang yang cuba membantu. Pun begitu, apa yang buat orang-orang kat situ mengamuk apabila owner kereta tersebut tak habis-habis minta ganti rugi dekat lelaki tu. Serious lah? 

Dia asyik cakap pasal duit”

31928663 2142461969317321 8687054634470080512 N
sumber: facebook

Kena ‘sound’ perempuan

Jelas kita dengar dekat video itu, si perakam bagitahu yang owner kereta tersebut tak habis-habis cakap pasal duit. Berang dengan tindakan dia yang langsung tak kisah dengan keadaan mangsa yang terbaring itu, salah seorang wanita pun geram dan sound mamat tersebut.

“Boleh tak kereta itu bayar nanti? Mana sekarang nak cari duit?”

“Kamu asyik minta-minta duit je. Siap minta insurans.”

Capture 3
sumber: facebook

“Hantar lah dia pergi hospital dulu”

Masa itu owner kereta tersebut dok busy main phone, dan hanya balas beberapa patah sahaja. Namun pengakhiran kes ini tak diketahui. Rata-rata netizen yang tonton video tersebut semuanya bengang dengan pemilik kereta tu sebab langsung tak ada rasa kasihan dekat mangsa.

“Hantar lah dia pergi hospital dulu, duit tu belakang cerita lah.”

“Tak kira lah kau itu siapa, nyawa comes first lah.”

“Selamatkan lah yang terbaring itu dulu, then nak gaduh mulut gaduh lah.

Haihh macam-macam lah orang sekarang ini.. Harap tak ada yang serius jadi dekat mangsa and masalah itu dapat diselesaikan secepat mungkin. 

Baca: Salah Siapa Sebenarnya Ni? Video Viral Kemalangan di Johor Buat Netizen Bertelagah

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.