in

“Dia ambik pisau kemudian kelar leher bapa yg tengah makan”- Lelaki Dikelar Anak Selepas Dakwa Dengar Bisikan

Featured 16

Korang pernah dengar tak pasal lelaki bertindak membunuh ahli keluarga disebabkan mendengar bisikan? Atau wanita bunuh diri selepas dengar bisikan? Well ada yang percaya dan ada juga yang ragu-ragu dengan kejadian seperti itu.

Namun apa yang terjadi kepada seorang lelaki ini mungkin akan membuatkan korang berfikir dua kali tentang ‘kewujudan’ insiden seperti ini.

 

Anak kelar bapa waktu tengah makan sebab…

Dilaporkan kejadian berlaku pada hari Ahad lepas kira-kira pukul 9.20 malam di Sungai Cheenam, Nibong Tebal Pulau Pinang, memetik hmetro.

Mangsa, seorang lelaki berusia 48 tahun ketika itu sedang makan malam di rumahnya sebelum dikelar anak lelakinya berusia 22 tahun dipercayai mendengar bisikan sebelum bertindak mengelar bapanya itu.

Hang pasai apa?”

Itu jeritan terakhir yang didengar daripada isteri mangsa yang terkejut selepas suaminya dikelar anak mereka dalam kejadian di rumah pasangan tersebut.

56474524 401007294068224 1025062175040864256 N
Sumber : facebook

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abd Samad berkata ketika kejadian mangsa sempat menjerit kepada anaknya dengan bertanya kenapa dia melakukan perbuatan tersebut sebelum jeritan itu didengari isterinya yang kemudian terus menuju ke dapur.

“Si isteri terkejut selepas melihat suaminya berlumuran darah sebelum meminta anak sulung mereka membawa lelaki terbabit ke Hospital Parit Buntar.

Supritendan Shafee berkata mangsa menerima 10 jahitan di belakang leher dan luka di bahagian telinga.

56599907 401007250734895 6731735803342356480 N 1
Sumber : facebook

56823215 401007264068227 4972453044974256128 N

Suspek dengar bisikan, jadi marah sebelum pergi dapur dan….

Katanya lagi, siasatan awal polis mendapati suspek yang juga merupakan anak kedua daripada lima beradik itu didakwa mendengar bisikan yang membuatkannya menjadi marah ketika dia berada di dalam bilik tidurnya

“Suspek yang tidak bekerja itu kemudian keluar dari bilik tidurnya dan menuju ke dapur sebelum dia mendakwa mendengar satu lagi bisikan.

“Dia kemudian terus mengambil pisau dan mengelar belakang leher bapanya yang ketika itu sedang makan,”

56472445 401007314068222 1393557222142771200 N
Sumber : facebook

Supritendan Shafee memaklumkan bahawa suspek sudah pun ditahan dan pemeriksaan ke atas suspek mendapati dia kerap mengalami gangguan halusinasi malah pernah mendapat rawatan di Hospital Bukit Mertajam pada 2014. Malah ketika itu suspek juga dibekalkan ubat penenang oleh doktor.

“Bagaimanapun, dia dikatakan berhenti daripada menerima rawatan kerana masih tidak berubah walaupun diberikan ubat penenang.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis merampas sebilah pisau berhulu hitam sepanjang 11 inci (25.4 sentimeter).”

Sekarang ni macam-macam kan? Semoga pakcik cepat sembuh.

Baca : Pembunuhan Kejam Robert Beckowitz : Dikerat 14 Ditikam 100 Kali Jadi Alat Necrophilia Pembunuh Termasuk Disumbat Kemaluan Sendiri

Huhu