Pembunuhan Kejam Robert Beckowitz : Dikerat 14 Ditikam 100 Kali Jadi Alat Necrophilia Pembunuh Termasuk Disumbat Kemaluan Sendiri

Kisah yang admin nak ceritakan kali ini agak hardcore bagi pembaca-pembaca di luar sana, make sure korang dah bersedia nak membaca dan pastikan korang dalam keadaan yang rileks, jangan makan sambil membaca okay, karang termuntah pulak.

Enjoy!

Pernah satu ketika Bandar Detroit di Amerika Syarikat digemparkan dengan satu tragedi pembunuhan yang kejam, mengerikan dan amat dahsyat.

Menurut The Patriots, kisah ini terjadi pada musim panas 14 Julai 1982, dimana seorang lelaki dikenali sebagai Robert Beckowitz berusia 33 tahun menjadi mangsa kekejaman teman wanita dan rakan lelakinya sendiri.

‘Bennie Hill’ jadi rancangan televisyen terakhir ditonton Robert Beckowitz sebelum…

Nak dijadikan cerita pada ketika itu Robert dan teman wanitanya Jeannine Clerk berusia 21 tahun sedang berehat sambil menonton televisyen rancangan Bennie Hill. Biasalah waktu terluang digunakan sebaiknya untuk bersama pasangan kita, namun itu hanyalah permulaan kepada peristiwa kejam yang menyayat hati berlaku kepada Robert.

Ketika asyik menonton, tanpa mereka sedari rakan Robert iaitu Edward Glover berusia 37 tahun secara senyap-senyap datang dari belakang tempat duduk pasangan itu sebelum bertindak menembak belakang kepala Robert dengan menggunakan pistol dari jarak yang cukup dekat.

**Rupanya waktu ini teman wanita Robert iaitu Jeannine telah berkomplot dengan Edward untuk membunuh lelaki itu.

Selepas kejadian pembunuhan tersebut, Edward dan Jeannine telah menghabiskan masa dengan berparti liar selama tiga hari. Mungkin ini merupakan cara mereka meraikan kejayaan membunuh Robert tanpa kantoi dengan pihak polis..Giler ah kejam betul dorang ni.

Edward & Jeannine bergambar dengan mayat yang dipotong dalam keadaan berbogel

Rupa-rupanya selepas Edward menembak kepala Robert, mereka tidak membuang atau membakar lelaki tersebut sebaliknya mereka simpan mayat itu untuk tujuan lain iaitu ‘mutilasi‘.

Apa yang mereka buat ialah mengerat anggota badan Robert kepada beberapa bahagian (waktu ini mereka dah ambil dadah dalam kuantiti yang cukup banyak), tak cukup dengan itu Edward dan Jeannine bergambar dalam keadaan berbogel sambil melakukan pelbagai aksi sewaktu mereka mengerat mayat Robert.

Jeannine menggergaji kepala Robert
Edward menyuap kemaluan Robert yang dipotong ke mulut Robert sendiri.

Malah mayat Robert diperlakukan dengan hina sekali apabila mereka bertindak melakukan mayat lelaki itu dalam posisi seksual selain melakukan Necrophilia ke atas lelaki malang tersebut.

Robert dikerat 14 bahagian, ditikam sehingga 100 kali

Korang nak tau apa yang mereka buat lagi pada mayat Robert? Anggota badan lelaki tersebut dimutilasi dan dikerat kepada 14 bahagian termasuk kepala..Ish macam kes Mona Fandey dah ni.

Selain itu menurut sumber, badan Robert telah ditikam sehingga 48 kali namun ada sumber mengatakan lebih banyak iaitu 80 ke 100 tikaman.

Kaki Robert yang dipotong dimasukkan kedalam mulutnya.

Kejam kan? Korang rasa apa yang terjadi lepas itu? Actually admin pun tak sangka apa yang terjadi seterusnya.

Selesai mereka memperlakukan mayat Robert dengan kejam, Jeannine terus telefon pihak berkuasa dan maklumkan apa yang mereka telah lakukan kepada Robert. Malah dalam pengakuan wanita itu dia mendakwa yang dia telah dipaksa oleh Edward untuk mengambil dadah selain terlibat dalam Mutilasi ke atas mayat Robert..Elehh yelah tu~

Korang rasa pihak berkuasa percaya ke apa yang diceritakan Jeannine? Obviously lah pihak berkuasa akan jalankan siasatan sebelum conclude kan kes betul tak?

Dah macam-macam dibuat kat mayat Robert, Edward dan Jeannine mengaku tak bersalah?

So hasil siasatan di tempat kejadian, pihak berkuasa telah menemui gambar-gambar yang Edward dan Jeannine ambil sewaktu melakukan kekejaman ke atas mayat Robert dan ia sekaligus menidakkan dakwaan Jeannine sebelum ini yang mengatakan dia telah dipaksa.

Sumber : Google
Sumber : Google

So disebabkan bukti-bukti tersebut, kedua-dua mereka akhirnya ditahan dan dibicarakan di mahkamah. Cuma sewaktu perbicaraan, Edward pada awalnya mengaku tidak bersalah atas kes pembunuhan tersebut tapi dia kemudian tukar pengakuan lepas terima tawaran pihak pendakwaan untuk dikenakan hukuman penjara 30-50 tahun sahaja sekiranya mengaku bersalah.

Jeannine pulak dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atas pembunuhan tersebut.

Baca : Kes Pembunuhan Kejam Junko Furuta : Dinamakan Neraka 44 Hari Ekoran Penyeksaan Dahsyat Tahap Luar Kewarasan Akal Manusia.

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.