in

“Di sebalik musibah tersemat seribu hikmah” – Mahu Elak Covid-19, Gelandangan Di KL Diberi Tempat Tinggal

Feature 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan perintah kawalan pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan, mesti ada yang tertanya-tanya di mana orang gelandangan di sekitar Kuala Lumpur tinggal kan. Admin sebak kalau baca kisah dorang ni. 

Namun, jangan risau sebab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama agensi lain telah berjaya menempatkan gelandangan di sekitar bandar raya di empat dewan serba guna sepanjang tempoh PKP, lapor Berita Harian.


Gelandangan 2

Lebih kurang 510 orang gelandangan telah berjaya diselamatkan dan ditempatkan di dewan serba guna tersebut. Alhamdulillah, ada jugak tempat mereka berteduh.

Tindakan ini diambil oleh pihak berwajib untuk menangani jangkitan Covid-19 dalam kalangan gelandangan.

Gelandangan 1

Antara dewan yang terlibat ialah Pusat Komuniti Setiawangsa, Dewan Serbaguna Tasik Ampang Hilir, Pusat Komuniti Sentul Perdana dan Dewan Serbaguna Alam Damai.

Gelandangan 3

Setakat ini, belum ada lagi gelandangan yang disahkan positif virus korona setelah menjalani ujian saringan Coronavirus.

Menurut Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, pihak DBKL juga telah menyediakan bantal dan tilam kepada mereka yang terlibat.

Bagus inisiatif ni kan. Semoga kebajikan gelandangan juga akan terjaga walaupun setelah wabak ini berakhir. 

 

Baca: “Kalau bapa mati nanti saya xda siap2 lg dah” – Kisah Sedih Anak Beranak Mualaf ‘Gelandangan’ Ditikam Penyamun Myanmar

Gelandangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.