“Kalau bapa mati nanti saya xda siapa2 lg dah”- Kisah Sedih Anak Beranak Mualaf ‘Gelandangan’ Ditikam Penyamun Myanmar

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Hidup ini ibarat roda, kadang kita diatas kadang kita dibawah namun setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Macam kisah perit kehidupan anak beranak mualaf yang dikongsikan pemilik akaun facebook Nyonya Harun baru-baru ini.

 

“Duduk dikaki lima Masjid Jamek, mak dah bercerai dgn ayah12 thn lalu…”

Kisah didepan mata berlaku pg tadi. Budak mualaf ni tinggal bersama bapanya menjual apa jua yg mampu di sekitar Masjid…

Posted by Cara Kita on Thursday, August 29, 2019

 

“Kisah didepan mata berlaku pg tadi. Budak mualaf ni tinggal bersama bapanya menjual apa jua yg mampu di sekitar Masjid India. Duduk dikaki lima Masjid Jamek, mak dah bercerai dgn ayah12 thn lalu.

“Hidup dgn pendapatan jualan kecil2an dan x mampu nak dpt RM50 sehari. Mlm semalam sedang mereka berdua beranak nak mkn malam, tiba2 dtg penyamun Myanmar terus tikam bahunya dan dibelakang badan bapanya.

“Dua2 dimasukkan ke dlm ward tp bapanya kritikal kerana paru2 bapanya bocor sebab pisau yg digunakan panjang. Slps dibedah bapanya dipindah dihadapan katil suami saya pd jam 2.30pg. Pg ini dia nak minum sbb lapar sgt tp tiba2 sesak nafas dan dipengsankan kerana x cukup O2. Terpaksa dimasukkan tiub dlm tenggoroknya dan di tebuk dirusuknya utk kluarkan darah drp paru2.

“Anak dia sampai2 di dpn katil ayahnya panik tgk bapanya dah xsedarkan diri. Dia menangis sb dia kata, kalau bapa mati nnt saya xda siapa2 lg dah. Saya dan suami tenangkan dia. Duit, fon dan smua brg jualan di bawa lari oleh penyamun Mynmar yg xdpt dikesan.

“Lihatlah betapa keadaannya yg runtuh perasaan menangis terduduk ditepi katil suami. Saya pujuk dan bawa dia mkn serta minta dia istighfar dan doa utk ayahnya. Skrg ayahnya masih x sedarkan diri dan dia pulang ambik pakaian utk dtg semula utk jaga ayahnya. Sesiapa nak sedekah tolong la dia mualaf tp x pernah tau nak mohon bantuan kewangan dan kebajikan.”

 

Selepas daripada posting itu menjadi viral, ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi mengurangkan kesusahan yang dialami anak beranak mualaf tersebut, malah netizen turut mendoakan kesejahteraan dan kesihatan bapa pemuda yang parah ditikam itu.

Namun…

Sumber: Facebook

“Kes mereka berdua yg ditikam oleh penyamun Myanmar sudah diatasi, kutipan derma sudah diserahkan dan bantuan2 lain telah diberikan oleh mereka yg sudi membantu…”

Pemilik Facebook Nyonya Harun ada memuatnaik status terbaharu mengenai perkembangan anak beranak mualaf tersebut, katanya dia berterima kasih atas segala sumbangan dan derma daripada rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib yang menimpa dua beranak tersebut.

Kes mereka berdua yg ditikam oleh penyamun Myanmar sudah diatasi, kutipan derma sudah diserahkan dan bantuan2 lain telah…

Posted by Nyonya Harun on Saturday, August 31, 2019

 

Alhamdulillah, ternyata rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang prihatin dan tidak lokek menghulurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan, kudos guys!

Baca : Ustaz berdosa sangat kat kau ceramah sana sini, makan sedap tapi kau.. Kisah Ebit Lew Dengan Gelandangan Buat Ramai Tersentuh

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.