in

DBKL Kompaun Staf Sendiri Lepas Tular Video Buang Sampah Dari Kenderaan Rasmi

Dbkl Kompaun Staf Sendiri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perbuatan seorang anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membuang sampah keluar dari tingkap kenderaan rasmi jabatan membawa padah apabila tindakannya itu dirakam pengguna jalan raya.

Kejadian yang berlaku pada 21 Jun itu tular di media sosial sehingga mengundang kritikan dalam kalangan netizen yang mengecam perbuatan anggota berkenaan serta mahu DBKL mengambil tindakan.


DBKL kenakan tindakan kompaun

Susulan tular video tersebut, DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan terhadap kakitangan terbabit.

Screenshot 2026 06 24 151404

Jelas DBKL, mereka telah memanggil staf terbabit dan mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan berhubung kejadian berkenaan.

“DBKL memandang serius perkara tersebut dan telah mengambil tindakan segera dengan memanggil kakitangan tersebut bagi mendapatkan penjelasan serta menjalankan semakan berkaitan kejadian tersebut,” katanya.

Artikel berkaitan: Peniaga ‘Naik Hantu’ Lepas Disuruh Alihkan ‘Food Truck’, Bertindak Gig*t Pegawai DBKL

Artikel berkaitan: DBKL Kompaun Individu Buang Puntung Rokok Di Tempat Awam

Ekoran itu, DBKL menjelaskan staf tersebut telah dikenakan kompaun di bawah Seksyen 47(1)(e), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Dalam pada itu, DBKL menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan imej organisasi mereka.

“DBKL sentiasa menekankan kepentingan integriti, disiplin, dan profesionalisme dalam kalangan warga kerja bagi menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada warga kota.”

Sumber: DBKL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.